Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Kuiz: Adakah Kamu Mudah Menerima Cinta?

Cuba kuiz ini untuk ketahui sama ada kamu wanita yang mudah jatuh cinta pada jejaka atau sebaliknya.

 

42805100_m

 

1. Rakan lelaki kamu teruja mahu perkenalkan kamu kepada temannya. Apa respons kamu?
a) “Apa Twitter dia? I nak follow sekarang.”
b) “Hmm maaflah, I tak layan janji temu sebegini.”
c) “Tunjukkan dulu keputusan ujian darah dan penyata gaji terbarunya. Selepas itu barulah I pertimbangkan.”

 

2. Jelaskan tentang profil online dating kamu:
a) Ada terlalu banyak maklumat hinggakan jejaka perlukan dua jam untuk habis belek.
b) Tak wujud pun.
c) Memaparkan gambar Fasha Sandha sebagai profile pic. Apa salahnya gunakan gambar selebriti?

 

3. Kamu saling bertukar nombor telefon dengan seorang jejaka kacak. Apa langkah kamu seterusnya?
a) Hantar mesej kepadanya dalam perjalanan pulang ke rumah. Kamu dah boleh bayangkan perkahwinan idaman, rumah banglo dengan pemandangan indah, serta sepasang anak yang comel!
b) Tak ada apa. Kalau ada jodoh mungkin kalian akan bertemu lagi.
c) Delete. Kamu tak mahu peningkan kepala dengan benda tak penting seperti cinta.

 

4. Bila kamu keluarkan telefon dari beg tangan ketika duduk di kafe, biasanya apa kamu buat?
a) Cari akaun Facebook jejaka yang baru kamu kenali lima minit lalu.
b) Semak sama ada horoskop menyuruh kamu ‘lebih berjaga-jaga’ atau ‘go for it!’ bulan ini.
c) Insta-stalking bekas kekasih kamu.

 

5. Sedang BFF melihat akaun Tinder kamu untuk mencari pasangan buatmu, kamu terfikir:
a) Kalaulah dia boleh pukau semua jejaka dalam senarai itu supaya sukakanmu…
b) Ini kerja gila! Biarlah jodoh datang dengan sendirinya tanpa perlu dicari.
c) Tak macho. Pendek sangat. Tak cukup kacak. Anak siapa tu? Tak kacak.

 

MARKAH:

 

Jika jawapan kamu kebanyakannya A

Tak Sabar Bergelar Isteri
Apa kamu nak? Teman lelaki! Bila kamu nak? Sekarang! Tindakan dan kesanggupan kamu menerima mana-mana jejaka untuk dijadikan teman hidup sangatlah berani. Tapi ingat, kamu seorang yang hebat, jadi jangan terlalu mudah pertaruhkan cinta pada jejaka baru dikenali hanya kerana kamu berasakan dialah the one.

 

Jika jawapan kamu kebanyakannya B

Serah Pada Takdir
Kamu langsung tak romantik, jadi cara paling hebat untuk bertemu pasangan adalah secara tak sengaja – atau lebih elok lagi, dipaksa. Tapi menariknya kamu seorang yang sangat hebat dalam aspek kehidupan lain, jadi kenapa tidak dalam kehidupan cinta? Daripada menunggu seluruh dunia datang menunduk kepadamu, buka akaun Tinder dan pastikan cinta sejati jadi milikmu!

 

Jika jawapan kamu kebanyakannya C

Tutup Pintu Hati
Kamu sangat tertutup mengenai cinta hinggakan kamu diam-diam menghantar mesej, “Buat apa?” pada bekas kekasih di janji temu pertama dengan jejaka lain. Tanya diri: Adakah kamu belum bersedia untuk bercinta sekali lagi, atau kamu takut disakiti? Jika puncanya yang kedua, padam nombor ex-BF dari telefonmu dan elak katakan, “Sorry, tak berminat!” bila ada jejaka hot bertanyakan namamu.

 

Foto: 123rf.com

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor