Kuiz: Adakah Kamu Gadis Mengujakan? - Page 6 of 6 - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Kuiz: Adakah Kamu Gadis Mengujakan?

Kuiz: Adakah Kamu Gadis Mengujakan?

Kamu wanita yang bagaimana - seksi, spontan atau membosankan?

5 Trik Capai Bahagia Setiap Hari

Foto: Shutterstock.com

6 of 6Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

JIKA JAWAPAN KAMU…

 

Kebanyakannya A – Ketagih Keterujaan

Kamu ibarat roller-coaster: Sukar dijangka! Ya, ia agak seksi kerana si dia tertanya-tanya apa tindakanmu seterusnya, namun satu hari nanti pasti dia akan rimas. Ingat, lelaki juga mencari kestabilan dalam perhubungan. Jika kamu semudahnya boleh berubah daripada pasangan berahi di ranjang kepada wanita rumit yang perlukan notis untuk diajak bercuti, jangan terkejut jika perhubungan kalian tak bertahan lama.

 

 

Kebanyakannya B – Spontaneous Siren

Daripada idea tak dijangka (singgah di kedai vintaj) kepada bersifat kreatif di ranjang (hantar gambar lurah seksi), kamu buat si dia sentiasa teruja. Namun kamu tidaklah terlalu ‘liar’, kamu masih ada sisi chill. Kuncinya: Fleksibiliti. Walaupun kamu gemar cabaran, kamu tahu kamu tak perlu lakukannya setiap hari. Hasilnya, si dia boleh let his guards down dan jadi diri sendiri.

 

 

Kebanyakannya C – Gadis Membosankan

Disebabkan kamu tak pernah beri sebarang kejutan, si dia akan rasa terlalu selesa bersama kamu… Tapi ini bukan sesuatu yang bagus kerana dia akan rasa bosan jika tidak disogok dengan sesuatu yang baru. Jadi beranikan diri untuk terujakan keadaan seperti mencuba gaya pakaian berbeza atau menggodanya dengan lebih berani. Lagipun ia situasi win-win: Si dia akan rasa kamu hot, dan kamu sendiri akan alami pengalaman baru.

 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor