Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Kuiz: Adakah Kamu Gadis Bersemangat?

Apa yang kamu buat bila dipanggil ke temu duga kerja? Datang sejam awal atau buat penemuduga tertunggu-tunggu kerana nak isi perut dulu?

Foto: Shutterstock.com

2 of 2Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Markah:

  1. a-0, b-2, c-1
  2. a-2, b-1, c-0
  3. a-2, b-0, c-1
  4. a-2, b-0, c-1
  5. a-0, b-2, c-1

 

Bawah 3 Markah – Sedang menuju puncak kejayaan

Matlamat kerjayamu sudah dicapai, kamu menjadi orang kepercayaan, dan kamu berada perhubungan berkuasa antara passion dan pencapaian hebat di pejabat. Tak dapat disangkal yang kamu sedang menuju puncak kejayaan, jadi pastikan kamu luangkan sedikit masa untuk mengkaji diri.  Tanya diri sendiri adakah matlamat kamu sejajar dengan apa yang kamu mahukan. Dan ingat, bukan semua perkara perlu diambil serius. Kamu juga perlu berseronok!

4 hingga 7 Markah – Hanya tunggu kejayaan mencarimu!

Jika nak berjaya, kamu tak boleh malu-malu untuk dapatkan apa kamu mahu. Terus mohon jawatan kosong yang ada tanpa perlu disuruh. Jangan hanya tunggu dan lihat bila ada peluang besar di depan mata. Kita selalu sabotaj diri sendiri dengan mengelak perkara yang kita rasa menakutkan, walaupun ia perkara yang paling kita ingini. Ambil langkah kecil untuk bina keyakinan diri. Susun atur semua rumah kamu, beranikan diri jadi ketua dalam tugasan yang diberi bos, dan percaya pada naluri dalam hal percintaan. Tindakan positif sentiasa membuahkan hasil.

Atas 8 Markah – Tak cukup bersemangat

Kamu sentiasa  tidak bersemangat, dan ini membuatkan kamu rasa seperti terperangkap dan dipaksa. Inilah masanya untuk kamu terokai kembali bakat dan minat kamu dan take charge demi masa depanmu. Ada tak apa-apa perkara yang kamu suka buat tapi tak pernah fokus seratus peratus? Apakah aktiviti kesukaan yang sering kamu habiskan masa melakukannya? Melakukan satu aktiviti yang kamu suka setiap hari adalah cara terbaik untuk terokai apakah minat kamu.

 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor