Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Kuiz: Adakah Kamu Gadis Bersemangat?

Apa yang kamu buat bila dipanggil ke temu duga kerja? Datang sejam awal atau buat penemuduga tertunggu-tunggu kerana nak isi perut dulu?

Foto: Shutterstock.com

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

1. Bila di parti, perkara pertama yang kamu buat adalah:

a) Terus ke kaunter minuman untuk hilangkan dahaga.

b) Hubungi kawan kamu dan mintanya keluar ‘menjemputmu’ supaya kalian boleh masuk dalam sama-sama.

c) Terus cari tuan rumah dan ucapkan terima kasih kerana menjemput kamu.

 

2. Bila kamu diperkenalkan kepada ibu bapa si dia buat kali pertama, kamu:

a) Beri senyuman paling manis setiap saat sehingga selesai pertemuan kalian.

b) Enggan keluar dari kereta. Tak ada sebab pun untuk mereka berjumpa kamu..

c) Ambil sekuntum bunga dan beritahu ibunya yang dia berjaya mendidik anaknya menjadi seorang gentleman.

 

3. Kamu dipanggil temu duga untuk kerjaya idaman, kamu:

a) Berjalan masuk dengan senyuman paling lebar, terus salam di penemuduga dan katakan, “Saya dah dengar banyak tentang Puan,” sebelum menyenaraikan segala kejayaannya.

b) Gemuruh dan suara terketar-ketar, walaupun kamu dah berlatih di dalam teksi ketika dalam perjalanan tadi.

c) Sampai lambat kerana singgah beli latte untuk sarapan.

 

4. Kawan baik kamu telah set blind date untuk kamu. Kamu:

a) Tiba lewat dan katakan, “I tak ada mood nak keluar malam ni sebenarnya,” dan belek telefon kamu saja sepanjang sesi janji temu kalian.

b) Greet him dengan mesra dan cadangkan untuk pesan minuman sebelum kalian berkenalan dengan lebih mendalam.

c) Beritahu si dia segala-galanya tentang dirimu, sehingga terlupa nak tanya mengenai dirinya.

 

5. Teman rapat mengajak kamu untuk sertai kelab tenisnya. Kamu:

a) Ikut saja dan rajinkan diri untuk ambil minuman untuk semua orang di situ – itu cara terbaik untuk buat kawan, kan?

b) Sampai tepat pada waktunya.

c) Tiba lewat satu jam dan lupa untuk minta maaf.

 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor