Kuiz: Adakah Kamu Cukup Berani?
berani

Kuiz: Adakah Kamu Cukup Berani?

Setinggi mana tahap keberanianmu? Kuiz ini boleh membantu kamu untuk ketahui sama ada kamu gadis berani atau pengecut.

berani

 

1. Kamu ternampak tawaran hebat mengenai percutian mewah di internet. Jadi kamu terus…

a) Masukkan maklumat kad kredit dan fikir tentang hal selebihnya lain kali.

b) Forward kepada BFF kamu dan bertanya jika mereka juga berminat.

c) Buat keputusan: Kalau ia muncul lagi di skrin telefon kamu selepas ini, kamu akan terus membelinya.

 

2. Di tempat kerja, majikan merendah-rendahkan ideamu yang kamu rasakan sangat bijak. Bagaimana kamu beri respon?

a) Hantar memo kepada supervisor majikan kamu. Kamu tahu dia memang sengaja cari pasal.

b) Kamu ubah sedikit idea tersebut berdasarkan komennya, kemudian pergi berjumpanya semula.

c) Ucapkan terima kasih di atas masa yang diluangkannya kemudian fokus pada perkara lain.

 

3. Hari ini hari minggu, kamu dan rakan-rakan tidak ada apa-apa rancangan yang hendak dibuat. Jadi kamu:

a) Memandu sekitar kota mencari parti untuk kamu crash. Why not?

b) Pergi ke kelab malam yang baru dibuka dan cabar sekumpulan jejaka untuk menari bersamamu.

c) Pesan makanan segera dan layan Netflix.

 

4. Di sebuah kafe, kamu ternampak seorang jejaka kacak sedang berbual dengan seorang gadis. Kamu tak tahu adakah mereka pasangan kekasih, jadi kamu:

a) Tepuk bahunya dan perkenalkan diri.

b) Berikan renungan paling menggoda dan lihat bagaimana dia respon.

c) Lupakan hajat untuk berkenalan dengannya. Mungkin dia sudah ada GF dan kamu bukannya perampas.

 

5. Kamu melangkah ke dalam salun dan katakan ini kepada stylist:

a) “Buatlah gaya apa pun yang you suka!”

b) “Saya suka bangs Rihanna. Sesuai tak dengan wajah saya?”

c) “Boleh tak potong hujung rambut saya? Satu inci saja, jangan lebih!”

 

MARKAH

Jika jawapan kamu kebanyakannya A – Kaki Memberontak

Kamu gilakan cabaran dan sukakan deruan adrenalin yang mengalir bila membuat pilihan atau keputusan secara spontan. Tak dinafikan ia memberi pengalaman baru, tapi ia juga boleh beri ‘drama’ dalam kehidupanmu – contohnya membeli pakej percutian mewah tanpa memikirkan baki dalam akaun bank kamu. Natijahnya? Kamu akan sakit kepala memikirkan tentang kewangan ketika bercuti, tak dapat nak relaks pun. Apa yang kamu perlu lakukan adalah; ambil masa lima minit sebelum membuat keputusan. Hanya lima minit tapi ia mampu buat kamu berfikir secara rasional.


Jika jawapan kamu kebanyakannya B – Right Kind of Gutsy

Kamu sememangnya wanita fun and fearless! Kamu tahu kamu perlu berdepan dengan risiko jika mahukan sesuatu, tapi kamu tidak akan semudahnya terikut dengan perasaan. Bermakna sebelum lakukan sesuatu, kamu akan berfikir panjang – dan Cosmo tabik dengan pemikiran sebegini. Teruskan dengan keberanian yang berpada-pada ini, kami yakin kamu akan berjaya capai apa diingini.

Jika jawapan kamu kebanyakannya C – Terlalu Penakut

‘Play it safe’ adalah mantera kamu. Mungkin kamu suka potongan rambut trendy, tapi terlalu takut untuk mencuba, sudahnya kamu stick pada gaya sama saja. Tapi tahu tak keluar dari zon selesa boleh buat kamu lebih berkembang? Apa kata jadi lebih berani dalam sekurang-kurangnya satu cabang kehidupan, contohnya mencuba stail rambut yang tak pernah kamu gayakan sebelum ini. Ingat, perubahan kecil akan bantu kamu jadi selesa untuk membuat perubahan lebih besar di masa akan datang.

 

Foto: INGimage

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor