Kuiz: Adakah Kamu Bersemangat Tinggi? - Page 6 of 6 - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Kuiz: Adakah Kamu Bersemangat Tinggi?

Kuiz: Adakah Kamu Bersemangat Tinggi?

Cuba kuiz ini untuk ketahui kamu jenis penuh perasaan atau langsung tak ada perasaan!

Foto: Shutterstock.com

6 of 6Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

 JIKA JAWAPAN KAMU…

 

Kebanyakannya A – Sentiasa Bersemangat

Kamu lalui segalanya dengan penuh semangat…dan perasaan. Dedikasi kamu memang luar biasa, tapi Cosmo nasihatkan kamu berpada-pada kerana ia boleh buat kamu (dan orang sekeliling) rasa overwhelmed. Cuba fokuskan extra mentality kamu pada satu atau dua perkara saja dalam satu-satu masa, dan pastikan ia tidak bertukar menjadi obsesi yang tidak sihat.

 

 Kebanyakannya B – Pretty Pumped

Kamu lakukan apa yang kamu minati tanpa berlebih-lebih. Biasanya ia sempurna, tapi jangan biarkan sense of self-awareness menghalang kamu daripada going full throttle sekali-sekala. Ledakan penuh perasaan pada waktu yang tepat boleh membangkitkan inner badass kamu dan memberi inspirasi kepada orang sekeliling.

 

Kebanyakannya C – Langsung Tak Berminat

Girl, you are all business. Baguslah kalau kamu tahu memilih antara penting dan tidak, tapi tak ada salahnya kamu tunjukkan yang kamu betul-betul berminat. Menonjolkan ‘api’ yang membara dalam diri kamu tidaklah sesukar mana. Mulakan dengan isyarat kecil untuk tunjukkan yang kamu peduli dan keghairahan kamu pasti akan ‘berjangkit’. Lama-kelamaan, tenaga dan semangat baru ini akan terus sebati dalam hidup kamu.

 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor