Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Kuasa Fantasi Seks

Seks tanpa imaginasi umpama nasi lemak tanpa sambal – tak ada kick! Tak ada salahnya dan tak perlu malu untuk berfantasi tentang seks. Malah kita sering digalakkan untuk gunakan kreativiti dan daya imaginasi. 

fantasi seks

Seks sedikit sebanyak adalah tindakan imaginasi dan hubungan intim bersama suami perlukan perkara baru serta fantasi untuk pastikan kehangatannya kekal membara. Bila bercakap mengenai seks, ia tidak seharusnya mundur dengan gerakan sama setiap masa. Sebab itulah fantasi dan imaginasi sangat penting! Menggunakan imaginasi sebenar adalah kunci kepada orgasma yang hebat.

 

Bayangkan dirinya sangat sempurna.

Kedengaran pelik tapi berkesan! Kamu ‘membentuk’ pasangan dengan cara kamu melihatnya. Mengidealkan kualiti yang suami kamu ada, secara tak langsung kamu menambahkan ‘aset’ si dia. Jadi setiap kali sebelum beraksi, cuba bayangkan dirinya seperti David Beckham yang tubuh mempunyai six packs – walaupun pada hakikatnya suami kamu hanya ada ‘one pack’!

 

Berfantasi tentang suami kamu.

Fokus pada kekuatan mereka dan biar imaginasi kamu bekerja. Laburkan daya cipta dan kreativiti kamu dalam hubungan intim. Jadikan suami kamu pelakon utama dalam drama seksual kamu. Masa inilah kamu boleh go wild with your imagination. Pasti seronok!

 

Dress up.

Ini adalah peluang untuk jadi kreatif dan berseronok. Memang sangat selesa untuk sarungkan pijama atau kaftar untuk tidur malam. Ladies, sentiasa ingat lelaki bertindak balas kepada isyarat visual. Adakah memakai kaftan akan beri visual memberahikan kepada suami kamu? Tentunya tidak!

 

Seks 72 jam.

Jangan risau! Ia bukan berkenaan pecah rekod atau pertandingan siapa menang dan siapa kalah. Maksud Cosmo ialah kamu perlu bersetuju untuk lakukannya sekurang-kurangnya tiga hari sebelum. Apabila kamu dan suami sudah buat keputusan, kamu akan dapat satu sesi seks yang kuasanya tidak boleh dihentikan serta satu hubungan yang sangat mendalam.

 

Foto: 123rf.com

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert