Kronologi Pergaduhan Elly Mazlein Dan Faye Kusairi
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
elly mazlein faye kusairi bergaduh

Kronologi Pergaduhan Elly Mazlein Dan Faye Kusairi

Apa kaitan pelakon Elly Mazlein dan Faye Kusairi? Apa yang membuatkan Elly terlalu marah dengan Faye sehinggakan dia memanggil wanita itu sebagai ‘Fake’?

elly mazlein faye kusairi bergaduh

Ramai sudah sedia maklum yang Elly Mazlein telah bercerai dengan bekas suaminya ketika dia mengandung. Elly dan bekas suaminya, Azmi Hatta disahkan bercerai pada bulan Oktober 2015 selepas lebih 11 bulan bergelar suami isteri. Elly yang mengandung ketika itu kemudian melahirkan anak perempuan pada bulan Mac 2016.

elly mazlein faye kusairi bergaduh

Penceraian mereka dilaporkan kerana hadirnya orang ketiga dan Faye didakwa menjadi punca perpisahan tersebut. Namun Faye berkata dia mengenali lelaki itu dua bulan selepas penceraian. Sementara itu, Azmi yang juga pengarah drama menafikan Faye sebagai orang ketiga dalam perkahwinan dia dan Elly.

Menurut Azmi pelbagai usaha telah dilakukan untuk menyelamatkan rumahtangga mereka namun jodoh di tangan Tuhan. Dia juga terpaksa melafazkan cerai kepada Elly walaupun wanita itu sedang mengandung kerana tiada lagi persefahaman.

elly mazlein faye kusairi bergaduh

Dalam pada itu Elly menerusi instagramnya memuat naik kenyataan Faye di Twitter dan menyifatkan Faye menegakkan benang yang basah apabila didakwa menjalin hubungan dengan Azmi sebelum penceraian berlaku. Faye yang berang dituduh sebagai perampas dan perosak rumah tangga orang membidas kenyataan Elly dan menyifatkan dirinya sebagai mangsa keadaan. Elly turut mendakwa diabaikan bekas suami ketika bersalin sehinggalah proses berpantang.

Sebelum ini Faye berang apabila kediaman keluarganya diserbu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) selepas mendapat aduan dia berkhalwat dengan suami orang. Faye yang ketika itu berada di lokasi lain terkilan dengan tindakan JAIS yang memotong kunci rumahnya. Ketika serbuan lewat pagi itu, kedua ibu bapa serta adik lelakinya sedang tidur di rumah. Menurut Faye, dia mendapat tahu aduan tersebut dibuat oleh seorang pelakon namun dia tidak mahu mendedahkan siapa.

Foto: Instagram.com

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness