Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Kontroversi Keputusan Kemenangan Di Anugerah Oscar 2017

Saat memalukan apabila filem La La Land diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Best Picture di Anugerah Oscar 2017, sedangkan trofi tersebut sebenarnya milik filem Moonlight.

Penyampai untuk kategori tersebut, pelakon lagenda tersohor, Warren Beatty menerima sampul keputusan yang salah. Semua penonton pada mulanya bersorak apabila filem La La Land diumumkan sebagai pemenang.

Ketika kesemua krew dan pelakon La La Land naik ke pentas untuk memberikan ucapan, produser Oscar 2017 dengan pantas memberitahu keputusan sebenar iaitu filem Moonlight adalah pemenang kategori tersebut.

oscar 2017

Insiden yang mengelirukan itu menjadikan seluruh dewan riuh termasuk krew produksi La La Land yang teruja pada mulanya dengan keputusan itu. Pengarah filem Moonlight kemudian naik ke pentas bersama pelakon-pelakon filem itu. Awkward!!!

Barisan pelakon dan krew  La La Land bagaimanapun kekal berada di atas pentas sambil berpelukan dengan pelakon dan krew Moonlight sambil mengucapkan tahniah. Pengarah Moonlight, Barry Jenkins yang masih keliru namun teruja memberikan ucapan kemenangannya. “Very clearly, even in my dreams this could not be true. But to hell with dreams. I’m done with it. This is true. Oh my goodness.”

Moonlight bukan sahaja memenangi kategori Best Picture, menewaskan filem Fences, Manchester by the Sea dan La La Land malah mengungguli juga kategori Supporting Actor oleh Mahershala Ali termasuk kategori Writing (Adapted Screenplay). 

Foto: Cosmopolitan.com / Video: Twitter.com/ABCNews

 

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness