Kontroversi Dan Ulasan 12 Persembahan Anugerah Juara Lagu Ke-33 - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Kontroversi Dan Ulasan 12 Persembahan Anugerah Juara Lagu Ke-33

Pertama sekali, jika kamu tidak puas hati dengan kemenangan mana-mana finalis, perlu diingat yang Anugerah Juara Lagu adalah pertandingan lagu terbaik dan bukannya untuk memilih penyanyi mana yang lebih hebat. Malah menurut juri, Juara Lagu telahpun dipilih sebelum pentas AJL berlangsung dan hanya tinggal untuk dipersembahkan semula saja.

AJL 33 kali ini mengekalkan hos tahun lalu iaitu Sherry Al Hadad dan Alif Satar yang telah diadakan di Arena Axiata, Stadium Bukit Jalil. Bertemakan Supernova, AJL 33 mengangkat lagu Haram nyanyian Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah sebagai Juara. Jom check out kontroversi, konsep persembahan pentas, fesyen yang digayakan dan juga persembahan vokal kesemua 12 finalis kali ini.

Foto dan Video : TV3 Malaysia

Prev1 of 12
Use your ← → (arrow) keys to browse

Luluh – Khai Bahar
Susunan muzik yang telah diubah sedikit menjadi lebih mellow, lontaran vokal sangat jelas dan tak perlu dipertikaikan. Khai nampak tenang dan yakin, jadi kawalan vokalnya juga kemas. Antara calon untuk menang kerana Luluh sendiri mendapat antara markah tertinggi ketika separuh akhir Muzik-Muzik.

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness