Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Kontroversi Dan Momen Terbaik Hiburan Tempatan Sepanjang Tahun 2017

Kamu sudah bersedia melangkah ke tahun baharu, 2018? Masih ada lagi peristiwa pahit yang tidak boleh dilupakan sepanjang tahun 2017? Bukan senang nak move on kan? 

Begitu jugalah dengan industri hiburan di Malaysia. Tentu sekali ada banyak kontroversi dan momen terbaik yang menjadi trending sepanjang tahun 2017. Sebelum kita semua melangkah ke hadapan dan meninggalkan kenangan lalu, Cosmo mahu flashback segala kisah pahit dan manis, yang menjadi perbincangan hangat di media sosial untuk tahun 2017.

9 of 31
Use your ← → (arrow) keys to browse

Gimik paling berjaya dan bijak! Nama Nabila Razali sebelum ini mungkin tidak dikenali tetapi selepas dia dan pelakon Aedy Ashraf membuat gimik kononnya bercinta di laman sosial, nama Nabila terus melonjak naik.

Nabila dan Aedy dikatakan sedang dilamun cinta namun akhirnya Aedy berlaku curang dan meninggalkan Nabila. Netizen mula mengecam Aedy dan tidak kurang juga menghentam Nabila kerana terlalu percayakan lelaki. Dalam minggu yang sama kes itu berlaku, Nabila melancarkan single terbaharunya, Pematah Hati.

Satu Malaysia tertipu dengan gimik tersebut. Nabila menggunakan beberapa video mesranya bersama Aedy sebagai antara babak dalam klip video Pematah Hati. Stratergi pemasarannya berjaya apabila Pematah Hati meraih 2 juta tontonan dalam masa dua hari dilancarkan! Plus, the music video is awesome and cool! Go check it out.

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness