Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Kontroversi Dan Momen Terbaik Hiburan Tempatan Sepanjang Tahun 2017

Kamu sudah bersedia melangkah ke tahun baharu, 2018? Masih ada lagi peristiwa pahit yang tidak boleh dilupakan sepanjang tahun 2017? Bukan senang nak move on kan? 

Begitu jugalah dengan industri hiburan di Malaysia. Tentu sekali ada banyak kontroversi dan momen terbaik yang menjadi trending sepanjang tahun 2017. Sebelum kita semua melangkah ke hadapan dan meninggalkan kenangan lalu, Cosmo mahu flashback segala kisah pahit dan manis, yang menjadi perbincangan hangat di media sosial untuk tahun 2017.

8 of 31
Use your ← → (arrow) keys to browse

Pelakon kacak, Zul Ariffin mengaktifkan semula Instagram selepas sebulan menutupnya. Sepanjang kehilangan Zul di laman sosial, peminat menerima khabar sedih apabila ibunya, Robiah Nasir, meninggal dunia pada 5 Disember kerana serangan jantung.

Selain itu Zul juga terpalit dengan kontroversi pergaduhan di antara kekasihnya, Zahirah Macwilson, Kamal Adli dan Emma Maembong. Zahirah dikatakan menjadi punca perpisahan Emma dan Kamal. Zahirah bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan menyuruh Kamal menjelaskan keadaan sebenar. Hubungan Zul dan Zahirah bagaimanapun masih lagi baik selepas gosip itu.

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness