Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Kontroversi Dan Momen Terbaik Hiburan Tempatan Sepanjang Tahun 2017

Kamu sudah bersedia melangkah ke tahun baharu, 2018? Masih ada lagi peristiwa pahit yang tidak boleh dilupakan sepanjang tahun 2017? Bukan senang nak move on kan? 

Begitu jugalah dengan industri hiburan di Malaysia. Tentu sekali ada banyak kontroversi dan momen terbaik yang menjadi trending sepanjang tahun 2017. Sebelum kita semua melangkah ke hadapan dan meninggalkan kenangan lalu, Cosmo mahu flashback segala kisah pahit dan manis, yang menjadi perbincangan hangat di media sosial untuk tahun 2017.

7 of 31
Use your ← → (arrow) keys to browse

Neelofa mencipta sejarah apabila tersenarai sebagai dalam antara 30 usahawan muda bawah 30 tahun yang berjaya di rantau Asia menerusi laporan Forbes. Naelofar Hijab juga dipasarkan di 38 buah negara di seluruh dunia.  Kejayaan Neelofa memang sesuai dijadikan contoh dan inspirasi buat seluruh wanita muda di Malaysia.

Tahun ini juga menyaksikan karier Neelofa berkembang lebih jauh apabila menjadi duta pertama produk kecantikan antarabangsa – Lancome yang berhijab. Selain itu Neelofa juga dilantik sebagai Pengarah Bebas bukan Eksekutif oleh Air Asia.

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness