Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Kontroversi Dan Momen Terbaik Hiburan Tempatan Sepanjang Tahun 2017

Kamu sudah bersedia melangkah ke tahun baharu, 2018? Masih ada lagi peristiwa pahit yang tidak boleh dilupakan sepanjang tahun 2017? Bukan senang nak move on kan? 

Begitu jugalah dengan industri hiburan di Malaysia. Tentu sekali ada banyak kontroversi dan momen terbaik yang menjadi trending sepanjang tahun 2017. Sebelum kita semua melangkah ke hadapan dan meninggalkan kenangan lalu, Cosmo mahu flashback segala kisah pahit dan manis, yang menjadi perbincangan hangat di media sosial untuk tahun 2017.

4 of 31
Use your ← → (arrow) keys to browse

Tahun 2017 sekali lagi menjadi antara tahun perit buat Fatiya Latif apabila dilanda kontroversi selepas video tariannya yang mengghairahkan di aplikasi Bigo Live tersebar di laman sosial. Dalam video itu Fatiya tidak mengenakan hijabnya dan menari bersama seorang pelakon baru, Natasha Elyzza.

Seterusnya Fatiya juga kerap dikritik di laman sosial selepas dikatakan sering tweet perkara yang memalukan. Paling terbaru apabila pelakon Dira Abu Zahar yang aktif dalam politik mengutuk kenyataan Fatiya yang memberikan komen mengenai hasil kerja yang dilakukan oleh kerajaan.

Fatiya juga mencetus kontroversi apabila memuat naik foto bersama rakan lelakinya tanpa hijab dan mendakwa foto itulah adalah throwback sedangkan rakannya turut memuat naik foto yang sama di Instagramnya.

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness