Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Kontroversi Dan Momen Terbaik Hiburan Tempatan Sepanjang Tahun 2017

Kamu sudah bersedia melangkah ke tahun baharu, 2018? Masih ada lagi peristiwa pahit yang tidak boleh dilupakan sepanjang tahun 2017? Bukan senang nak move on kan? 

Begitu jugalah dengan industri hiburan di Malaysia. Tentu sekali ada banyak kontroversi dan momen terbaik yang menjadi trending sepanjang tahun 2017. Sebelum kita semua melangkah ke hadapan dan meninggalkan kenangan lalu, Cosmo mahu flashback segala kisah pahit dan manis, yang menjadi perbincangan hangat di media sosial untuk tahun 2017.

29 of 31
Use your ← → (arrow) keys to browse

Usahawan terkenal, Nur Sajat, 32, bertegas mengatakan dia adalah seorang wanita walaupun dikecam kerana tidak mahu mengaku dirinya adalah transgender. Sajat yang memiliki perniagaan kosmetik yang berjaya meraih pengikut yang ramai di Instagram dan kerap memuat naik video untuk meyakinkan orang ramai tentang status jantinanya.

Sajat juga pernah memuat naik foto sijil perubatan yang mengesahkan dirinya adalah perempuan namun memadamnya. Dia kini lebih terbuka mendedahkan teman lelakinya yang merupakan seorang pelatih kecergasan berasal dari Kelantan.

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness