Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Kontroversi Dan Momen Terbaik Hiburan Tempatan Sepanjang Tahun 2017

Kamu sudah bersedia melangkah ke tahun baharu, 2018? Masih ada lagi peristiwa pahit yang tidak boleh dilupakan sepanjang tahun 2017? Bukan senang nak move on kan? 

Begitu jugalah dengan industri hiburan di Malaysia. Tentu sekali ada banyak kontroversi dan momen terbaik yang menjadi trending sepanjang tahun 2017. Sebelum kita semua melangkah ke hadapan dan meninggalkan kenangan lalu, Cosmo mahu flashback segala kisah pahit dan manis, yang menjadi perbincangan hangat di media sosial untuk tahun 2017.

27 of 31
Use your ← → (arrow) keys to browse

Penerbit filem terkenal di Hollywood, Harvey Weinstein, dikecam selepas perangai gila seksnya terbongkar. Jijik! Bukan seorang dua yang menjadi mangsa seksual Harvey, 65, tetapi hampir 30 individu. Angelina Jolie, Cara  Delevingne dan Gwyneth Paltrow antara nama besar di Hollywood yang pernah menerima gangguan seksual oleh Harvey ketika diawal pembabitan mereka dalam dunia lakonan. Jika disabitkan bersalah, Weinstein akan dipenjarakan lima – 25 tahun atas gangguan seksual.

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness