Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Kontroversi Dan Momen Terbaik Hiburan Tempatan Sepanjang Tahun 2017

Kamu sudah bersedia melangkah ke tahun baharu, 2018? Masih ada lagi peristiwa pahit yang tidak boleh dilupakan sepanjang tahun 2017? Bukan senang nak move on kan? 

Begitu jugalah dengan industri hiburan di Malaysia. Tentu sekali ada banyak kontroversi dan momen terbaik yang menjadi trending sepanjang tahun 2017. Sebelum kita semua melangkah ke hadapan dan meninggalkan kenangan lalu, Cosmo mahu flashback segala kisah pahit dan manis, yang menjadi perbincangan hangat di media sosial untuk tahun 2017.

25 of 31
Use your ← → (arrow) keys to browse

Penyanyi Shahir Zawawi didakwa berlaku curang kepada kekasihnya Erra Fazira selepas seorang wanita bernama Mona memuat naik foto bersamanya. Menurut Mona, dia dan Shahir memang rapat dan lelaki itu kononnya menyukainya.

Tidak lama selepas kontroversi itu, nama Shahir sekali lagi menjadi panas selepas dikatakan tidak membayar hutang seorang kenalannya. Isu itu menjadi viral selepas mangsa mendedahkannya di laman sosial, namun tidak memberitahu berapa jumlah sebenar hutang itu.

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness