Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Kontroversi Dan Momen Terbaik Hiburan Tempatan Sepanjang Tahun 2017

Kamu sudah bersedia melangkah ke tahun baharu, 2018? Masih ada lagi peristiwa pahit yang tidak boleh dilupakan sepanjang tahun 2017? Bukan senang nak move on kan? 

Begitu jugalah dengan industri hiburan di Malaysia. Tentu sekali ada banyak kontroversi dan momen terbaik yang menjadi trending sepanjang tahun 2017. Sebelum kita semua melangkah ke hadapan dan meninggalkan kenangan lalu, Cosmo mahu flashback segala kisah pahit dan manis, yang menjadi perbincangan hangat di media sosial untuk tahun 2017.

20 of 31
Use your ← → (arrow) keys to browse

Heboh apabila Fasha Sandha meluahkan perasaan marah dan kesal di Instagramnya selepas dia dikatakan dihalau balik di sebuah acara fesyen tekstil terkemuka. Menurut Fasha dia terpaksa menarik diri kerana jika dia tidak berbuat demikian, salah seorang pelakon lain yang berada di situ akan meninggalkan majlis.

Isu itu menjadi hangat apabila artis yang didakwa mahu meninggalkan majlis itu adalah Nora Danish. Bagaimanapun suami Nora, Nedim mempertahankan isterinya dan ia berlaku atas salah faham.

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness