Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Kontroversi Dan Momen Terbaik Hiburan Tempatan Sepanjang Tahun 2017

Kamu sudah bersedia melangkah ke tahun baharu, 2018? Masih ada lagi peristiwa pahit yang tidak boleh dilupakan sepanjang tahun 2017? Bukan senang nak move on kan? 

Begitu jugalah dengan industri hiburan di Malaysia. Tentu sekali ada banyak kontroversi dan momen terbaik yang menjadi trending sepanjang tahun 2017. Sebelum kita semua melangkah ke hadapan dan meninggalkan kenangan lalu, Cosmo mahu flashback segala kisah pahit dan manis, yang menjadi perbincangan hangat di media sosial untuk tahun 2017.

2 of 31
Use your ← → (arrow) keys to browse

Penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, 38, membuat sidang media pada 13 Oktober dan mengumumkan yang dia telah hamil empat bulan dan dijangka bersalin pada penghujung Mac. Siti yang pernah keguguran pada 1 Disember 2015 mengakui telah melakukan rawatan IVF untuk hamil. Sepanjang awal kehamilan, Siti mendedahkan dia perlu banyak berehat dan menghadkan pergerakan sebelum bersedia untuk mengumukan kehamilan pertamanya itu. Tahniah Tok Ti, semoga sihat sepanjang kehamilan.

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness