Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Kontroversi Dan Momen Terbaik Hiburan Tempatan Sepanjang Tahun 2017

Kamu sudah bersedia melangkah ke tahun baharu, 2018? Masih ada lagi peristiwa pahit yang tidak boleh dilupakan sepanjang tahun 2017? Bukan senang nak move on kan? 

Begitu jugalah dengan industri hiburan di Malaysia. Tentu sekali ada banyak kontroversi dan momen terbaik yang menjadi trending sepanjang tahun 2017. Sebelum kita semua melangkah ke hadapan dan meninggalkan kenangan lalu, Cosmo mahu flashback segala kisah pahit dan manis, yang menjadi perbincangan hangat di media sosial untuk tahun 2017.

16 of 31
Use your ← → (arrow) keys to browse

Supermodel kelahiran Australia, Miranda Kerr terlibat dengan skandal penyelewangan duit oleh bilionair dari Malaysia, Jho Low. Miranda dilaporkan menerima dan ‘dimandikan’ dengan barangan kemas bernilai jutaan dolar US oleh bekas kekasihnya yang juga dikaitkan sebagai dalang kepada kehilangan dana berjumlah bilion dolar US daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dalam pada itu, Miranda juga telah melansungkan perkahwinan dengan tunangnya yang juga pengasas aplikasi Snapchat, Evan Spiegel dan kini disahkan hamil.

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness