Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Kontroversi Dan Momen Terbaik Hiburan Tempatan Sepanjang Tahun 2017

Kamu sudah bersedia melangkah ke tahun baharu, 2018? Masih ada lagi peristiwa pahit yang tidak boleh dilupakan sepanjang tahun 2017? Bukan senang nak move on kan? 

Begitu jugalah dengan industri hiburan di Malaysia. Tentu sekali ada banyak kontroversi dan momen terbaik yang menjadi trending sepanjang tahun 2017. Sebelum kita semua melangkah ke hadapan dan meninggalkan kenangan lalu, Cosmo mahu flashback segala kisah pahit dan manis, yang menjadi perbincangan hangat di media sosial untuk tahun 2017.

Prev1 of 31
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kita mulakan dengan kisah percintaan pelakon hebat Nur Fazura dan Fattah Amin. Pada mulanya ia hanya sekadar mencipta chemistry, Fazura dan Fattah pada mulanya mengakui rapat atas dasar gandingan bersama dalam drama bersiri popular, Hero Seorang Cinderella.

Mereka kemudian dilihat semakin rapat dan kerap memuat naik foto bersama di laman sosial. Khabar angin mengatakan mereka bakal bertunang dan bernikah tersebar tetapi masing-masing ketika itu masih merahsiakannya. Bagaimanapun Fattah dan Fazura telah mengadakan sidang media selepas pulang dari menunaikan umrah bersama keluarga masing-masing.

Pada sidang media itu, Faz dan Fattah mengakui telah bertunang pada 13 November secara tertutup di rumah keluarga Faz dan berangkat ke Mekah pada 15 November. Fattah menafikan mereka telah bernikah di Mekah selepas itu.

Malaysia sekali lagi digemparkan apabila menerima berita yang Fazura dan Fattah selamat bernikah pada 27 November secara tertutup di sebuah hotel di ibu kota. Mereka berkata majlis resepsi untuk peminat dan media akan berlansung pada awal tahun 2018.

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness