Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
beauty and the beast banned

Kontroversi Adegan Homoseksual Dalam Filem Beauty And The Beast

Sehingga artikel ini ditulis, nasib filem Beauty And The Beast masih belum dapat dipastikan sama ada akan ditayangkan di Malaysia ataupun tidak. 

beauty and the beast banned

Kecoh satu Malaysia apabila filem animasi yang telah muncul sejak zaman kanak-kanak ini ditangguhkan tayangannya, yang sepatutnya dilancarkan pada 16 Mac. Menurut pengedar filem, The Walt Disney Co (Malaysia) Sdn Bhd, kajian sedang dijalankan mengenai babak ‘gay moment’ itu.

beauty and the beast banned

Le Fou, lelaki homoseksual yang mencintai tuannya, Gaston dalam diam.

Filem Beauty And The Beast mungkin akan ditayangkan jika adegan homoseksual itu disunting, tetapi pihak Walt Disney antarabangsa tidak mahu ia disunting. Samada ia ditayangkan dengan semua babak dikekalkan, atau filem itu tidak langsung akan ditayangkan di Malaysia.

beauty and the beast banned

Luke Evans sebagai Gaston, yang mahu mengahwini Belle dan memburu The Beast.

Salah satu watak dalam filem itu, karakter Le Fou yang dilakonkan oleh Josh Gad adalah seorang lelaki homoseksual. Walaupun tidak mempunyai adegan intim atau seks sesama jenis, ada beberapa babak Le Fou yang menunjukkan gaya bahasa homoseksual.

Le Fou mencintai dan mengagumi tuannya, Gaston yang dilakonkan oleh aktor kacak, Luke Evans. Malah pengarah Beauty And The Beast, Bill Condon  juga memberitahu yang watak Le Fou akan menjadi watak animasi pertama sebagai lelaki homoseksual.

beauty and the beast banned

Di Rusia, filem ini hanya boleh ditonton oleh individu berusia 16 tahun ke atas sahaja, manakala sebuah daerah di Amerika Syarikat, Alabama tidak menayangkan Beauty And The  Beast kerana ia mempromosikan budaya homoseksual. Ia sama sekali tidak sesuai ditonton oleh golongan kanak-kanak walaupun ia adalah sebuah filem animasi muzikal.

Filem Beauty And The Beast yang menelan belanja sehingga 160 juta US Dolar ini membariskan pelakon popular seperti Emma Watson (Belle), Dan Stevens (The Beast/The Prince), Luke Evans (Gaston) dan Ewan McGregor (Lumière).

Foto: Google.com

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness