Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Koleksi Alphabets dUCk

Dari A-Z, satu lagi koleksi edisi terhad dari dUCk yang akan buat kamu menyanyi the Aphabets!

Masih satu misteri adakah ‘D’ benar-benar wujud atau sekadar rekaan? Namun menurut D sendiri, setelah hampir membongkar namanya di Instagram dia sedar bahawa dia tak perlu menonjolkan dirinya untuk membina sebuah jenama yang boleh dibanggakan. “Siapa sangka a simple alphabet mampu menyatukan wanita tanpa mengira latar belakang dan serta di mana kamu berada!”

Ini pelancaran terbesar oleh jenama dUCk yang menampilkan koleksi Satin Silk Square Scarf (RM300), Satin Silk Twilly (RM120), Hardcover Notebook (RM40) dan paling istimewa dan julung-julung kalinya, Coated canvas Tote Bag (RM400) – semuanya dengan corak gemoteri berwarna-warni serta cetakan abjad yang boleh kamu pilih dari A hingga Z. Cosmo dengar cerita ada peminat tegar dUCk yang menempah kesemua abjad dalam namanya. Wah! Panjang mana agaknya nama orang itu. Bercakap tentang menempah, berbeza daripada selalu, asal ada koleksi baru keluar saja, lepas 24 jam semuanya habis, kali ini semua orang berpeluang memiliki dUCk Alphabet melalui pre-order yang berakhir 14 Oktober (kecuali buku nota yang boleh dibeli terus).

 

Menurut Vivy Yusof, pengasas The dUCk Group, “koleksi ini mengambil masa lebih dari setahun untuk disiapkan tetapi setiap saat itu berbaloi. Ia adalah koleksi kami yang terbesar setakat ini! Saya sangat gembira dengan keseluruhan koleksi ini di samping kisah D tentangnya. Ia juga cara yang hebat untuk memperibadikan barang milik kita sendiri. Skarf, buku nota, twilly dan beg yang melambangkan kamu tanpa perlu dihebohkan…subtle, classy, cool dan oh-so-dUCk!”

Dengan pelancaran The Alphabets, dUCk Group turut melancarkan dUCk Home and Living bermula dengan Alphabet Tote Bag, beg kanvas berkualiti dengan kemasan kulit di bahagian tepi, cetakan monogram dUCk di dalamnya, cetakan abjad pilihan di luar dan dilengkapi dengan zip dUCk charm!

Cosmo harap kamu tak terlambat untuk buat pra-tempahan produk pilihan kamu. Tempah sekarang dan by December kamu dah boleh melaram dnegan koleksi Alphabet kamu!

 

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru