Kolaborasi Dua Negara - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Kolaborasi Dua Negara

Kerjasama dua negara ini mampu mencetuskan fenomena, Alvin Chong memilih Dea Dalila untuk duet bersamanya menerusi lagu 99% Mencintaimu. Jom layan…

Alvin Chong, namanya tak perlu disebut kerana pelakon ini cukup dikenali dalam  insdustri lakonan Malaysia. Tak dinafikan, Alvin terus hangat diperkatakan oleh masyarakat sekeliling. Cosmo percaya, Alvin mempunyai masa depan yang cerah untuk berkembang dan dikatakan muzik yang dibawa pelakon Awak Suka Saya Tak? ini bakal  menawan hati peminat muzik di Indonesia. Alvin diberi peluang oleh Universal Music Malaysia dan Musica Studio untuk bekerjasama dengan penyanyi dari Indonesia. Dea, bekas vokalis kumpulan HiVi yang kini sedang menjalankan kerjayanya sebagai penyanyi solo dipilih untuk berduet dengan Alvin untuk single 99% Mencintaimu.

Pertama kali berduet sejak memulakan kerjayanya sebagai penyanyi, pemilik 10 single berbahasa Mandarin ini teruja mengenai gandingannya bersama Dea. Mereka kini secara rasmi akan menambat hati peminat menerusi single terbaru ini. Alvin menyifatkan Dea bukan saja sebagai anak seni yang kreatif, malah banyak memberi idea untuk menghidupkan lagi lirik tersebut. “Lagu ini mempunyai keunikan dan tarikan tersendiri dari segi susunan muziknya, yang sangat berbeza daripada kedua buah lagu asli yang digabungkan menjadi satu lagu,” tambah anak kelahiran Pulau Pinang itu lagi.

Jom layan klip video terbaru Alvin dan Dea. Klik saja link ini: https://www.youtube.com/watch?v=X4ksaM0hXeY&feature=youtu.be

 

Foto: Universal Music Malaysia

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist