Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
disney x coach

Kolaborasi Coach X Disney

 

Mickey 7

Minggu lalu, dua jenama unggul Amerika Syarikat bekerjasama menghasilkan himpunan Disney x Coach, edisi terhad koleksi yang menampilkan rekaan Mickey Mouse pada barangan kulit Coach dan koleksi fesyennya. Menggabungkan visual yang cukup ikonik, himpunan ini akan mula dijual di butik Coach Malaysia mulai 24 Jun ini.

Koleksi ini adalah dalam siri eksklusif, projek edisi terhad yang meraikan pop culture Amerika dan juga meraikan ulangtahun ke-75 Coach. Personaliti Mickey Mouse yang ceria terserlah dalam koleksi ini yang dilakar sendiri oleh artis animasi Disney. Seni eksklusif ini boleh didapati pada t-shirt dan juga beg signature Coach rangkaian Saddle dan Dinky.

disney x coach

Cosmo sangat suka dengan hangtag yang mengetengahkan elemen Mickey Mouse yang cukup sinonim dan boleh dikenali oleh sesiapa saja. You should get one for yourself too!

Buat kamu yang membesar dengan Mickey Mouse dan kini tampil bergaya dengan Coach tentu tidak mahu lepaskan peluang miliki kedua ikon ini dalam koleksimu. Disney x Coach boleh didapati di butik Coach Pavilion KL, Coach Suria KLCC, Coach The Gardens Mall, Coach Gurney Plaza, Penang dan Coach Imago Mall, Sabah.