Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Kolaborasi Bikini Kendall + Kylie

Whats’up Jenner girls? Ini dia sneak peak kolaborasi bikini dan pakaian mandi Kendall + Kylie Musim Panas 2016.

Untitled

Pasti kamu tertanya-tanya bagaimana caranya nak bersaing dengan anak-anak perempuan Kris Jenner musim panas ini? Cosmo suggest kamu peragakan pakaian mandi Kendall serta Kylie Jenner dan nikmati keindahan pantai kala beriadah di hujung minggu atau kala bercuti nanti. Lihat saja gambar-gambar yang ditayang dan dimuat naik di Instagram. Betapa bangganya mereka dengan tubuh yang dimiliki (walaupun ada yang berpendapat, tubuh itu adalah palsu). Yang Cosmo puji, mereka tampak cantik dan sering menjadi ikutan, baik fesyen, kecantikan ataupun lifestyle mereka. Siapa setuju?

 

Menariknya hari ini,  kamu boleh dapatkan fesyen pakaian renang/mandi yang terkini daripada duo yang handal bergaya ini. Lihat saja kemampuan kakak-kakak mereka (The Kardashians), tak dinafikan mereka yang muda ini bakal mewarisi sedikit sebanyak kepandaian keluarga berniaga. Ada komen mengatakan, “Siapa nak pakai pakaian renang yang terpampang nama Kendall + Kylie pada pinggang dan rasanya pada top juga ada? Bagi Cosmo, ia adalah subjektif. Jika kamu die hard fan mereka,  kenapa tidak? Untuk kamu yang tak mahu memakainya, ada banyak lagi jenama pakaian renang yang juga Cosmo rasa sedang berlumba menghasilkan yang terbaik untuk kamu. Jangan condemn ya, sekurang-kurangnya mereka bekerja keras dan sering keep up dengan zaman serba urban ni. Tak goyang kaki dan mengharap wang jatuh ke riba. Betul tak?

 

sneak peek @kendallandkylie bathing suits w/ Top Shop

A post shared by Kendall (@kendalljenner) on

 

Kalau kamu follow dynamic duo ini di Instagram, Twitter dan media sosial lain, (Apps, Youtube, laman web dan sebagainya), pasti kamu sudah boleh rungkaikan yang minat mereka berkait rapat dengan fesyen, kecantikan (make up especially – lihat di sini www.kyliecosmetics.com) dan yang paling ketara, posing seksi bersama bikini dan pakaian renang di kolam atau di pantai kala bercuti sekeluarga. Kolaborasi Kendall + Kylie ini menawarkan bikini, pakaian mandi one-piece dan cover-ups yang mungkin mendapat ilham daripada gaya hidup wanita Cali. Perinciannya pula adalah di antara mainan ronametalik, leopard, cut-outs dan neon.

 

Kendall Jenner dan adiknya Kylie memberi pengikut media sosial sneak peak menyelusuri kerjasama mereka dengan Topshop Selasa lalu. Kendall dilihat melewati runway dan menjadi tatapan utama kala mengayakan bikini putih dan oren ini yang juga dilengkapkan bersama bling.

 

Kylie pula tetap dengan pose yang dimuat naik di Instagram, santai di atas pasir bersama helaian yang pastinya menjadi pilihannya – kamu juga mahu kelihatan hot sepertinya kala berjemur dipantai, kan? Terima kasih K.J! Kamu boleh dapatkan koleksi hot ini bermula Jun 9 (hari ini) di Topshop juga secara online. Oh, di  www.zalora.com.my pun ada! Happy shopping!

 

KENDALL+KYLIE SWIM FOR TOPSHOP. #June9th @kendallandkylie

A post shared by Kylie (@kyliejenner) on

 

Jom lihat Kendall dan Kylie showing off kolaborasi terkini mereka.

https://www.youtube.com/watch?v=WzANy91AiY4

Foto: Instagram/Oleh: Nisa’ Halid

 

A woman who always smiles. And can be very scary if you drive her mad. Selalu percaya kepada prinsip, Execution Is King. Sedang obses ‘bikin’ badan sebab tiada yang lebih menggembirakan setiap wanita bila mereka tampil sihat dan ONS. Lepas dah cantik, inilah masanya ‘tayang’ dengan menggembara. Mahu terbang sebanyak negara yang mungkin kerana… life is an adventure! I agree to live life like there’s no tomorrow.

Editor