Kit Kecemasan Untuk Generasi Millennials - Page 4 of 4 - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Kit Kecemasan Untuk Generasi Millennials

Kamu sedang alami krisis millennials? Mulakan dengan mengenal pasti punca kepada semua #allthefeels dengan beberapa langkah mudah ini sebelum kamu selesaikannya.

Foto: Shutterstock.com

4 of 4Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

DIAGNOSIS #4: KRISIS QUARTER-LIFE

SIMPTOM: Ia boleh terjadi pada bila-bila masa. Tapi ia selalunya terjadi sekitar pertengahan sehingga penghujung 20-an kamu. Ia membuatkan kamu berasa ragu dan persoalkan setiap pilihan dan keputusan yang pernah kamu lakukan. Sama ada kerjaya kamu, perhubungan (lepas, semasa ataupun yang tidak wujud: platonik atau romantik), pencapaian dan semua yang berlaku pada kamu. Ini merupakan krisis quarter-life.

RAWATAN DISYORKAN: Sejurus selepas kamu sedar bahawa bukan semua pilihan yang kamu lakukan sehingga saat ini adalah satu kesilapan, ambil sedikit masa untuk fikir apakah nilai-nilai penting kamu – bukan keluarga kamu, teman-teman, rakan sekerja mahupun bos kamu – kerana ini adalah perkara untuk mendorong kamu maju ke hadapan. Dengan mengetahui apakah nilai penting dapat membantu kamu kembali, fokuskan tenaga dan usaha kepada perkara yang benar-benar penting. Ini akan membuatkan kamu berasa kurang tertekan kerana menjadi millennials sudah pun memberikan tekanan yang tinggi. “Tiada gunanya untuk berkata ‘Saya sepatutnya lakukan ini,’ atau ‘Saya boleh lakukan itu,’” kata pakar kehidupan, Melo Lazatin. “Akhirnya, kamu perlu membuat keputusan dan bertanggungjawab dengan setiap tindakan kamu berserta akibatnya.” Walaupun menjadi seorang yang dewasa dan matang bermaksud menjadi seorang yang bertanggungjawab namun janganlah terlalu memaksa diri dengan perkara yang sudah terjadi. Jadilah seorang yang lebih baik dan mula fikirkan bagaimana untuk sentiasa maju ke hadapan. Percayalah, kamu boleh lakukannya.

 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor