Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Kit Kecemasan Untuk Generasi Millennials

Kamu sedang alami krisis millennials? Mulakan dengan mengenal pasti punca kepada semua #allthefeels dengan beberapa langkah mudah ini sebelum kamu selesaikannya.

Foto: Shutterstock.com

3 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

DIAGNOSIS #3: STRESS KERJA YANG SERIUS

SIMPTOM: Bukan saja kamu mempunyai deadline dan projek yang membuatkan kamu stress, tapi kamu ditambah dengan tekanan bahawa bos kamu yang merupakan Gen X mempunyai fikiran bahawa kamu mempunyai karakter Gen Y: Tidak fokus, mempunyai sifat malas dan tidak berusaha sehabis baik.

RAWATAN DISYORKAN: Kamu tidak boleh mengelak daripadanya: Millennials sememangnya mempunyai reputasi buruk (mungkin bukan kamu. Terima kasih pada generasi kamu). Walau bagaimanapun, tidak bermaksud kamu perlu tunduk dengan mereka yang stereotaip dan negatif. Sebaliknya, kamu mempunyai hak untuk tidak bersetuju dengan unprofessionalism. Mungkin kamu masih baru dan mentah dalam bidangmu, tapi jangan harapkan orang untuk menolong atau mengajar kamu setiap langkah dan proses. “Ia bukan masalah orang lain tapi masalah kamu untuk selesaikannya sendiri,” kata pakar kehidupan, Melo Lazatin. Kamu juga boleh fokuskan tenaga kamu dengan menggunakan skill millennials yang ada pada dirimu kepada sesuatu yang lebih positif. Sama ada membawa perspektif baru kepada setiap tugas yang kamu lakukan atau  menggunakan teknologi untuk memperbaiki output kamu (hello, productivity apps!).

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor