Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Kit Kecemasan Untuk Generasi Millennials

Kamu sedang alami krisis millennials? Mulakan dengan mengenal pasti punca kepada semua #allthefeels dengan beberapa langkah mudah ini sebelum kamu selesaikannya.

Foto: Shutterstock.com

2 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

DIAGNOSIS #2: POKAI

SIMPTOM: Semua memes perihal menjadi pokai pada zaman 20-an kelihatan seperti diinspirasikan oleh kehidupan kamu. Gaji demi gaji, corak perbelanjaan kamu menjadi semakin teruk dan membuatkan kamu peminat tegar mi segera  pada setiap hujung bulan (mahupun pertengahan bulan!).

RAWATAN DISYORKAN: Mengurus kewangan kamu kelihatan seperti sesuatu yang menakutkan. Tapi jika kamu tidak belajar daripada sekarang bagaimana untuk mengurus kewangan, kamu hanya akan menggali lubang yang semakin dalam dan akhirnya terpaksa memanjat tinggi untuk keluar. Ketahui ke mana sepatutnya kamu buat pelaburan dan pinjaman mana yang patut kamu pilih untuk mulakan bisnes impianmu. Perkara penting yang patut kamu uruskan terlebih dulu adalah tabiat berbelanja. Ia mungkin kedengaran seperti perkara asas, tapi menetapkan bajet merupakan langkah pertama. “Lakukan peraturan sebulan: Jejak perbelanjaan kamu untuk sebulan dan lihat  angka sebenar. Guna pakai angka sebenar ini dalam pelan simpanan dan perbelanjaan kamu,” jelas pakar kewangan, Lianne Laroya dalam bukunya OMG! Where Did Your Sweldo Go?. Buka akaun untuk bayaran sewa dan utiliti, makanan, pengangkutan, hutang dan simpanan. “Ketepikan beberapa peratus untuk kamu berseronok. Gunakannya sekerap yang boleh,” tambah Laroya. Perkara seperti membeli-belah dan berseronok seharusnya termasuk dalam senarai kamu (yay!) tapi walau bagaimanapun, ia perlulah menjadi perkara terakhir dalam senarai kamu ya.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor