Kit Kecemasan Untuk Generasi Millennials - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Kit Kecemasan Untuk Generasi Millennials

Kamu sedang alami krisis millennials? Mulakan dengan mengenal pasti punca kepada semua #allthefeels dengan beberapa langkah mudah ini sebelum kamu selesaikannya.

Foto: Shutterstock.com

Prev1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

DIAGNOSIS #1: PUTUS CINTA

SIMPTOM: Putus cinta itu sendiri adalah perkara yang susah untuk diterima. Tapi buat millennials yang merupakan generasi di mana kehidupannya berputar di sekeliling media sosial, melihat bekas teman lelaki kamu bersama teman wanita barunya di Facebook atau Instagram mampu menyeksakan lagi keadaan.

RAWATAN DISYORKAN: Menangis (lepaskan semuanya) tapi jangan hanyut dengan persoalan ‘what-ifs’. Walaupun pada masa ini kamu lebih selesa untuk berkurung di dalam bilik, tangisi cinta kamu yang hilang dan memakai baju tidur yang sama sejak tiga hari lalu, tapi kesedihan kamu sepatutnya ke arah sesuatu yang produktif. “Benarkan diri kamu untuk rasai perasaan kamu ketika itu. Terimanya kemudian lepaskannya,” kata pakar kehidupan, Melo Lazatin. “Kenal pasti kumpulan sokongan kamu dan tanya pada diri sendiri apa yang boleh membantu kamu untuk melangkah ke hadapan,” tambahnya. Jangan hanya berkurung diri dalam gelap dan mengasihani diri sendiri. Kamu mungkin akan menghantar pesanan ringkas dan merayu kepada bekas teman lelaki kamu. Ia adalah perkara yang tidak sepatutnya kamu lakukan! Menurut kajian, melibatkan diri dengan sokongan sosial yang kuat seperti teman dan keluarga dapat mengurangkan kesakitan kehilangan orang yang kamu cintai. Jadi, jangan rasa malu ataupun teragak-agak untuk menelefon ibu kamu atau kakak dan teman baik kamu jika sokongan mereka yang kamu perlukan. Mereka yang benar-benar sayang dan ambil berat tentang kamu tidak akan menolak untuk menolong kamu.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor