Kisah Pergaduhan Sarah Jessica Parker Dan Kim Cattrall Yang Tak Semua Orang Tahu
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Kisah Pergaduhan Sarah Jessica Parker Dan Kim Cattrall Yang Tak Semua Orang Tahu

Rasanya sudah lama Cosmo tidak membahaskan tentang pergaduhan Sarah Jessica Parker dan Kim Cattrall yang disebabkan oleh Sex And The City.

Ia kembali menjadi perhatian apabila ada yang mendakwa punca sebenar pergaduhan ini adalah kerana Kim merasakan dia lebih popular berbanding SJP. Ouchie…

Produser eksekutif SATC, Michael Patrick King, telah mendedahkan bahawa SJP mendapat bayaran lebih berbanding Kim, Cynthia Nixon dan Kristin Davis, dan Kim tak berapa kisah dengan itu. Kerana SJP mempunyai kerjaya filem yang berjaya sebelum menyertai rancangan HBO ini. Mannequin anyone?

Michael berkata: “The show doesn’t exist if Sarah Jessica wasn’t the blonde star of the show, that’s number one. Kim was not at the height of her career, Kristin was under her in terms of notability, Cynthia was a theatre actress and their contracts reflected that status.”

“Lama kelamaan watak-watak semuanya membesar, mereka menjadi satu keluarga. Kristin, Cynthia dan Sarah menjadi satu kumpulan, dan Kim tidak pernah menyertai mereka secara mental. Kristin dan Cynthia faham ini adalah pengaruh Sarah Jessica, lihat saja poster tersebut,” tambahnya.

Dan walaupun kesemua pelakon ini diberikan kenaikan gaji, Kim masih tidak berpuas hati dengan bayarannya – kerana dia tahu SJP mendapat lebih.

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker