Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Kisah Percintaan Yuna Dalam Chapter

Yunalis Zarai, 29 nama yang tidak asing lagi di Malaysia apabila menjadi penyanyi tempatan berhijab pertama yang  berjaya mengharumkan nama negara hingga ke tanah Los Angeles, Amerika Syarikat.

yuna-instagram

Menerusi temuramah pertamanya bersama Billboard.com, Yuna mengakui sedikit sukar untuk diterima di Los Angeles apatah lagi dia adalah seorang wanita muslim berhijab. “Saya tidak memenuhi standard criteria penyanyi wanita di Hollywood, tetapi saya di sini untuk berkarya jadi saya mahu menjadi diri sendiri”, jelas Yuna.

Dalam perkembangan lain, Yuna bakal tampil dengan album ketiganya berjudul Chapter menampilkan kolaborasi hebat seperti Usher menerusi lagu duet Crush. Menurut Yuna , Crush dicipta berdasarkan pengalaman dia bersama bekas kekasihnya dulu.  Lagu Crush telah menjalani penggambaran video muziknya namun masih dalam pembikinan.

Album Chapter yang akan berada di pasaran pada 20 May ini, diinspirasikan daripada kisah kegagalan percintaanya namun Yuna merahsiakan identiti lelaki tersebut. Dalam lagu Used To Love You, ia mengisahkan bagaimana bekas kekasihnya begitu mudah melupakannya sedangkan dia masih lagi terkesan di atas perpisahan tersebut.  “Saya terlalu mengharapkan bekas kekasih ketika itu, sehingga terlupa untuk mencintai diri sendiri. Jadi saya berazam bila album terbaru ini berada di pasaran, saya mahu berada di satu tempat yang terbaik untuk saya”, katanya.

Foto: Instagram @yunamusic / Oleh: @curlyjow

A woman who always smiles. And can be very scary if you drive her mad. Selalu percaya kepada prinsip, Execution Is King. Sedang obses ‘bikin’ badan sebab tiada yang lebih menggembirakan setiap wanita bila mereka tampil sihat dan ONS. Lepas dah cantik, inilah masanya ‘tayang’ dengan menggembara. Mahu terbang sebanyak negara yang mungkin kerana… life is an adventure! I agree to live life like there’s no tomorrow.

Editor