Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Kim Kardashian Disaman Lagi Kerana Ciplak Idea?

Kali ini, ia melibatkan produk bisnes terbarunya iaitu Lumee phone case yang dilancarkan baru-baru ini.

Baru-baru ini Kim telah mengejutkan lagi peminatnya dengan mengeluarkan rangkaian bisnes phone case yang diberi nama sebagai Lumee. Phone case Lumee ini membawa rekaan yang sangat unik kerana ia dilengkapi dengan ring light. Fungsi Ring light ini adalah untuk mendapatkan cahaya tatkala kamu nak berselfie di tempat gelap. Kim sering kali dilihat berkongsi gambar phone case ini di halaman Instagramnya.

Tetapi, menurut Hooshmand Harooni, beliau telah mendapatkan hak cipta phone case and ring light ini pada tahun 2013 lagi lalu menubuhkan syarikat bernama Snap Light. Dan sekarang ini Harooni dan Snap Light telah memfailkan saman hak cipta terhadap Kim berjumlah 100 juta, seperti yang dilaporkan oleh TMZ.

Pihak Kim juga telah mengeluarkan kenyataan, “Tuduhan saman yang difailkan oleh Snap Light itu sangat tidak berasas dan hanya satu cara nak menjatuhkan Kim. Kim tak melakukan kesalahan.” Hmm, susah juga kalau jadi selebriti terkenal dan kaya, kamu akan sentiasa menerima ‘saman’ because they know you have money!

A woman who always smiles. And can be very scary if you drive her mad. Selalu percaya kepada prinsip, Execution Is King. Sedang obses ‘bikin’ badan sebab tiada yang lebih menggembirakan setiap wanita bila mereka tampil sihat dan ONS. Lepas dah cantik, inilah masanya ‘tayang’ dengan menggembara. Mahu terbang sebanyak negara yang mungkin kerana… life is an adventure! I agree to live life like there’s no tomorrow.

Editor