Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Khloé Kardashian Akui Mengamalkan Cara Pemakanan Yang Salah!

Yang pasti, Khloé Kardashian kurus bukan kerana putus cinta, tetapi dia menjadikan kekecewaannya sebagai pembakar semangat untuk mengamalkan gaya hidup sihat – bersenam!

Menurut Khloé di dalam sebuah majalah, dia mula bersenam setelah berpisah dengan bekas suaminya, Lamar Odom. Malah bersenam juga membantu Khloe melepaskan tekanan dan sebagai medium untuk berehat seketika daripada kesibukan harian.

“Saya melalui penceraian, dan saya perlu alihkan perhatian. Saya mula kurangkan makanan tidak sihat kerana sebelum ini saya dan makanan seperti junk food memang tidak boleh dipisahkan!” kata Khloe sambil ketawa.

“Saya mula ke gimnasium dan memakai headphones ketika mengayuh elliptical atau senaman menaiki tangga tanpa mempedulikan orang di sekeliling. Saya sanggup duduk di rumah menonton The Real Housewives atau buat apa sahaja yang boleh menghilangkan stres.”

Don tries to kill me every time! Follow my 👻 KhloeKardashian 👻

A post shared by Khloé (@khloekardashian) on

Khloe juga nekad mengubah gaya hidupnya dengan menghubungi jurulatih peribadi Gunner Peterson, dalam misi untuk mendapatkan tubuh yang langsing dan sihat!

“Dia berjaya mengubah bentuk tubuh saya,” ujarnya. “Selepas lebih setahun bersama Gunner, dia mengatur temu janji dengan pakar nutrisi. Saya bermula dengan langkah kecil dan perlahan dengan tidak minum soda juga bebas daripada produk tenusu selama dua minggu. Menakjubkan, saya hilang lebih 4 kilogram dalam dua minggu.”

Khloé juga mendedahkan bukan semua ahli keluarganya melakukan cara pemakanan sama dengannya, dan pakar nutrisinya juga membandingkan cara pengambilan makanan di antara dia dan Kim Kardashian.

“Kim boleh makan apa sahaja kerana tubuh semulajadinya yang berbentuk seperti hourglass. Saya pula perlu betul-betul mengawal pengambilan kalori kerana mudah gemuk semula. I hate Kim,”

It's always yeezy season. #YeezySeason #Calabasas

A post shared by Khloé (@khloekardashian) on

“Sesetengah orang, mengambil masa lama untuk hilangkan berat. Saya berbadan besar sejak dari kecil jadi saya perlu mengubah dan mengatur semula pemakanan saya. Bagaimanapun saya tidak peduli berapa berat badan saya, asalkan saya sihat.”

 

Artikel Asal: GINA MEI
Sumber: Cosmopolitan US