Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Khairy Jamaluddin Atlet Terhangat Sukan SEA 2017

Wait, what? KJ jadi atlet untuk Sukan SEA 2017? Menteri Belia Dan Sukan Malaysia sendiri yang akan turun padang dan bertanding sebagai atlet negara? 

Berita ini bukan baru sebenarnya, ia telah disahkan sendiri oleh Presiden Kelab Polo Putra, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria sejak Oktober tahun lalu. Tetapi ramai yang belum sedar penyertaan KJ yang bakal menjadi antara 12 atlet untuk acara polo berpasukan Malaysia.

Yang penting, penyertaan KJ bukanlah atas kuasa vetonya sebagai Menteri Belia dan Sukan, tetapi beliau layak secara merit yang dipilih oleh Persatuan Polo Diraja Malaysia sendiri. Dalam pada itu, pasukan Polo Malaysia antara acara yang menjadi taruhan memenangi pingat emas.

Vamos Jogo! Estamos en las semifinales. #ProjectSEAGames #MalaysianOpen

A post shared by Khairy Jamaluddin (@khairykj) on

Khairy juga turut menjalani ujian doping seperti yang wajib dilakukan kepada atlet lain. No exception, and guess what? KJ dan kesemua 400 atlet Malaysia disahkan lulus ujian doping yang dijalankan oleh  Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS). Untuk KJ dan kesemua atlet negara, all the best and good luck! 

Foto: Instagram.com/khairykj

 

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness