Ketahui Tahap Kesihatan Kamu Berdasarkan Warna Urin - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Ketahui Tahap Kesihatan Kamu Berdasarkan Warna Urin

Ketahui Tahap Kesihatan Kamu Berdasarkan Warna Urin

Ia lebih penting daripada apa yang kamu sangkakan.

Let’s be honest, kebanyakan daripada kita hanya memandang sekilas ke dalam mangkuk tandas selepas ‘membuang’. Jika kamu salah seorang daripadanya, sudah tiba masa kamu beri lebih perhatian kerana warna air kencing sebenarnya boleh mendedahkan masalah kesihatan kamu. Paling asas: Warna urin yang pekat bermakna tubuh kamu kekurangan air!

“Air seharusnya mengisi dua pertiga daripada tubuh kamu,” kata Dr Luke Powles, pegawai perubatan di Bupa Health Clinics. “Penting untuk kamu sentiasa isi tubuh dengan air untuk elakkannya dehydrated.”

“Kebanyakan orang perlukan 1.5 hingga dua liter air setiap hari, lebih kurang lapan gelas. Apa yang perlu diingat adalah kamu perlu minum air, jadi minuman seperti kordial tanpa gula dan teh herba termasuk di dalam senarai, manakala minum berkarbonat, berkafein atau beralkohol pula sebaliknya – ia mungkin mengandungi lebih kandungan gula dan boleh buat kamu lebih dehydrate.”

Baca selanjutnya untuk tahu makna di sebalik warna urin kamu. Nota: Warna di bawah hanya panduan saja dan berbeza atas setiap individu.

Prev1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

What the colour of your urine can tell you about your health

Untuk kesihatan dan penghidratan optimum, urin kamu seharusnya berwarna pale straw – tidak terlalu gelap atau cair.

“Jika ia lebih cair warnanya, kamu mungkin terlebih minum air,” kata Dr Powles. “Biasanya ia tak jadi masalah, tapi terpaksalah kamu ke tandas lebih kerap.”

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor