Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
sex tips

Ketahui Punca Lelaki Menolak Hubungan Seks

Hubungan seks adalah penting buat pasangan yang sudah berkahwin. Apatah lagi seks juga mampu melegakan tekanan dan meningkatkan kemesrsaan dan hubungan suami isteri. Si isteri wajib melayan suami walaupun seringkala kedengaran wanita menolak hubungan intim atas faktor keletihan.

sex tips

Tapi bagaimana pula jika suami yang menolak hubungan seks? Apakah faktor dan penyebab ia berlaku? Jangan salahkan diri kamu, mungkin bukan kamu punca si dia menolaknya. Pelbagai persoalan bermain di minda kamu bila ia berlaku. Stop overthinking girls! Cosmo bantu kamu huraikan beberapa penyebab si dia tidur awal dan membiarkan kamu bersendiri.

 

Stress

Lelaki sebenarnya jarang berkongsi masalah di tempat kerja. Bebanan kerja ataupun masalah rakan sekerja membuatkan suami hilang mood untuk bersama kerana di fikirannya, dia mahu berehat selepas tiba di rumah. Karier adalah faktor utama lelaki mengalami tekanan kerana mereka adalah ketua keluarga. Di saat ini tiada apa yang lebih penting selain memikirkan bagaimana untuk menyelesaikan masalah kerjanya. Sebagai isteri, kamu perlu menjadi tulang belakang untuk si dia bertenang. Hidangkan teh panas dan lakukan urutan di bahu dan kepala agar suami berasa relaks. Jangan paksa dia untuk ‘bersama’. Kamu perlu bersabar ketika ini.

 

Clinical Depression

Si suami mungkin malu untuk berbincang mengenai hal sebegini. Sebagai lelaki dia harus kelihatan kuat di hadapan kamu. Ini adalah faktor besar yang membuatkan lelaki menolak seks. Tidak kira tua atau muda, lelaki yang mengalami masalah tertekan ini boleh mengakibatkan dirinya menolak untuk melakukan seks dengan isterinya. Kamu harus memujuknya dan membawa berjumpa pakar. Katakan padanya kamu akan membantu si dia secara mental. Berikan suami kamu semangat.

 

Terlalu Penat

Lelaki kebanyakannya aktif bersukan, apatah lagi inilah masanya untuk dia beriadah bersama rakan-rakannya. Jika suami menolak seks kerana keletihan selepas bersukan, cuba fahami keadaan itu. Jangan terus memaksa dan berkecil hati. Lagipun hubungan seks yang sihat perlu dilakukan tiga kali seminggu, bukannya setiap hari! Beri ruang dan masa rehat buat kamu berdua. Tetapi tak salah jika kamu mahukan sekadar cumbuan dan pelukan. Betul tak? Jangan jadikan alasan kecil ini sebagai punca kepada pergaduhan.

 

Foto: 123rf.com/Sumber: Majalah Eh!

 

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness