Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
seks usia remaja

Ketahui Kesan Hubungan Seks Di Usia Remaja

Hubungan seks pada usia awal ataupun ketika remaja akan memberi kesan kepada kesihatan. Ia memberi impak negatif kepada fizikal, mental juga emosi. 

seks usia remaja

Kajian antarabangsa membuktikan seks di usia muda akan mengganggu emosi seseorang ketika dalam proses ke alam dewasa. Ini kerana aktiviti seks memburukkan lagi keadaan di saat sistem deria gementar (nervous system) sedang melalui proses pembesaran.

Dalam kajian lain pula mendapati wanita berpotensi dua kali ganda untuk menghidap kanser serviks jika aktif melakukan hubungan seks ketika remaja. Waktu yang sesuai melakukan seks bagi wanita adalah ketika berusia 25 tahun kerana secara puratanya wanita telah bersedia secara fizikal dan mental serta cukup matang dari segi emosi ketika itu.

Keburukan Seks Di Usia Muda

Gadis remaja di Eropah melakukan hubungan seks seawal usia 13 tahun. Ini berikutan desakan rakan-rakan sebaya yang telah melakukannya dan menjadi satu budaya yang tidak sihat. Teman lelaki yang lebih dewasa juga antara punca seks di usia muda berlaku. Seks terlalu awal memberi tekanan kepada gadis apatah lagi jika tidak bersedia melakukannya. Kes jenayah dan bunuh diri turut meningkat di Eropah berikutan tekanan perasaan kerana hamil tanpa dirancang.

Seks di usia remaja juga kebanyakannya dilakukan dengan terburu-buru tanpa perlindungan rapi. Kanser serviks boleh menyerang ketika itu secara senyap dan menular selepas beberapa tahun kerana faktor kebersihan. Seks ganas akan mencederakan dalaman tubuh dan seterusnya remaja terbabit akan diserang depressi, trauma dan keresahan (anxiety) berpanjangan.

Langkah Precaution 

Tidak semua individu yang melakukan hubungan seks awal akan mengalami gangguan mental. Sebaliknya keadaan akan menajdi lebih buruk apabila ketagihan berlaku! Jika kamu mempunyai adik perempuan yang masih remaja, sila pantau pergerakkan mereka!

Berikan mereka sedikit pendidikan dan keburukan tentang seks di usia remaja. Awasi tingkah laku mereka dan jika kamu mendapati mereka kemurungan ataupun kerap menyendiri, sila buat spot check! Pastikan kamu kenali teman lelaki dan rakan yang sering mereka keluar bersama.

Foto: 123rf.com

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness