Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
jumlah kalori makanan

Ketahui Jumlah Kalori Dalam Setiap Makanan Kegemaran Kamu

Seorang wanita yang tidak aktif bersukan perlukan kira-kira 1,500 hingga 2,000 kalori sehari! Ataupun seorang wanita dengan berat 54 kg, perlukan lebih kurang 1,560 kalori sehari untuk kekal langsing. Bayangkan kalau kamu mengambil lebih 2,000 kalori sehari dan tidak bersenam? Terkoyak baju nanti.

Cosmo senaraikan jumlah kalori bagi setiap makanan yang sering diambil sebagai rujukan buat kamu dalam mengawal pengambilan kalori. Pernah dengar diet yang hanya mengambil 1,000 kalori sehari? Berkesan namun mungkin berbahaya buat tubuh kamu.

jumlah kalori makanan

Nasi Lemak – 644 kalori

Nasi lemak biasa yang dihidangkan dengan sambal ikan bilis, telur rebus dan kacang goreng sudah melebihi 600 kalori. Bayangkan pula jika kamu tambah dengan ayam goreng (290 kalori)? Kalau kamu teringin sangat nasi lemak, kurangkan kalori pada waktu lunch dan dinner.

jumlah kalori makanan

Teh Tarik / Nescafe Tarik – 250 kalori

Teh atau kopi tarik tanpa gula mengandungi kira-kira 80 hingga 100 kalori secawan. Cuba pula kira jika kamu ambil bercawan-cawan teh tarik sehari? Selamat tinggal tubuh langsing.

jumlah kalori makanan

Mee Goreng – 300 hingga 350 kalori

Apa kata selepas ini kamu cuba kurangkan kuantiti hidangan. Cukup sekadar alas perut di waktu pagi. Do not skip your breakfast! Kamu boleh gantikan sarapan pagi dengan oat ataupun pisang yang lebih berkhasiat dan bebas minyak. Semangkuk oat mengandungi 160 kalori dan sebiji pisang hanya 100 kalori. Lebih sihat dan memperbaiki mood kamu di waktu pagi.

Roti Canai – 350 hingga 400 kalori

What? Sekeping roti canai lebih banyak kalori dengan sepinggan mee goreng! Jangan halang kehendak kamu untuk makan makanan kegemaran. Cuma perlu kawal kuantiti dan kekerapan pengambilan. So, roti canai is only for weekends maybe?

Chicken Chop – 355 kalori

Kamu boleh cuba ayam atau daging panggang yang jauh lebih rendah kalorinya iaitu kira- kira 260 kalori. Resipinya; hanya oleskan minyak zaitun dan dipanggang bersama bawang putih, serbuk lada hitam, potongan lobak atau aspagarus dan daun rosemary. 

jumlah kalori makanan

Sekeping Piza – 280 kalori

Kamu perlu berlari selama satu jam untuk membakar kira-kira 300 kalori. Bermakna kamu perlu berlari selama sejam hanya untuk membakar kalori sekeping piza? Pengsan!

 

Tip langsing : Kekalkan pengambilan kalori 1,500 hingga 2,000 kalori sehari. Gantikan minuman manis dengan air kosong yang tidak mempunyai sebarang kalori dan membantu kamu lebih cepat kenyang! Bersenam sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Senaman paling cepat membakar kalori ialah kardio, renang dan mendaki tangga ataupun bukit.

 

Foto: 123rf.com

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness