Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Ketahui Jangka Hayat Produk Yang Kamu Gunakan

Ada sesetengah produk mempunyai tarikh luput seperti produk makanan, minuman dan barangan mandian. Tetapi barangan tanpa tarikh luput juga mempunyai jangka hayat tertentu!

38237852 - make up brush with pink powder splash isolated on black

1. Bantal – Bukan saja kamu perlu tukar alas bantal dan katil seminggu sekali, bantal itu sendiri hanya bertahan untuk dua hingga tiga tahun saja. Kalau kamu masih mahu menggunakannya selepas itu, jangan merungut jika kulit wajah kamu rosak akibat bakteria! Apatah lagi habuk mudah meresap ke dalam kekabu bantal. Kalau tidak ingat bila kamu membelinya, sila tukar yang baru bila bantal sudah mula kepam dan berbau hapak.

 

2. Span – Jangan sesekali menggunakan span yang lembap ke wajah dan tubuh kamu. Sila perah dan keringkan sebelum menggantungnya. Bakteria cepat membiak pada permukaan lembap seperti span. Jangka hayat span – dua hingga tiga minggu saja!

 

3. Tuala Mandi – Tuala mandi adalah alat kebersihan paling utama. Basuh tuala mandi kamu selepas dua hari. Pastikan kamu mempunyai tiga hingga empat helai tuala berlainan. Paling penting, tuala mandi hanya bertahan selama tiga tahun sahaja. Selepas itu kamu boleh gunakan sebagai kain membersih di dapur.

 

4. Berus Solekan – Antara punca jerawat timbul di wajah adalah kerana berus solekan yang kotor. Jangan amalkan berkongsi berus solekan. Basuh setiap seminggu sekali dan keringkan dahulu sebelum menggunakannya! Berus solekan boleh digunakan paling lama hanya tiga bulan.

 

5. Pakaian Dalam Bra akan berubah saiz dan menjadi longgar selepas puluhan kali cucian. Jangan ragu-ragu membuangnya kerana ia akan mengganggu keselesaan dan struktur fizikal payudara. Yang paling penting, oles losen di bahagian payudara sebelum memakai bra. Ini membantu kulit kamu tidak rosak kerana perpeluhan. Pakai bedak bayi pun okey.

Foto: 123rf.com / Sumber: Majalah Jelita

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness