Ketahui Isyarat Pelik Daripada Tubuh Kamu
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Ketahui Isyarat Pelik Daripada Tubuh Kamu

Tubuh manusia sangat kompleks untuk difahami, bagaimanapun beberapa isyarat yang tubuh kamu lakukan sebenarnya menyelamatkan kamu. Say thank you to your body now!

17281817 - young beautiful woman sleeping in bed in dark bedroom

Cosmo dedahkan kenapa beberapa pergerakan berlaku pada tubuh kamu contohnya seperti menguap atau terbersin. Menarik!

Menguap – Sebab utama kamu menguap adalah kerana proses ini berlaku untuk menyejukkan otak selepas ia terlebih panas atau terlalu letih. Apabila tubuh kamu letih, ia menghantar mesej ke otak dan menguap adalah petanda kamu mengantuk, bosan atau letih.

 

Bersin – Ia adalah satu kaedah atau proses tubuh untuk menyingkirkan ‘sampah’ atau kotoran yang terperangkap dalam lubang hidung kamu seperti habuk atau mikro organisma lain.

 

Mengeliat – Sila amalkan tabiat mengeliat ini atau stretching selepas kamu bangun tidur atau lesu. Mengeliat meredakan otot yang letih, meningkatkan peredaran darah dan memperbaiki mood.

 

Tersedu – Ia berlaku ketika kamu makan terlalu laju atau menelan makanan yang agak besar. Makanan yang tersekat di saluran pernafasan yang berhubung dengan saluran usus perut menghalang laluan pernafasan. Minum air dengan segera kerana kes kematian kerana tercekik pernah berlaku.

 

Tidur ‘terkejut’ – Pernah tak kamu ‘terkejut’ seperti menerima kejutan elektrik dalam keadaan sedang lena diulit mimpi? Ia berlaku kerana kesemua otot tubuh lumpuh dan nafas kamu berhenti (dalam beberapa saat). Nadi kamu perlahan-lahan berdenyut dan mesej dihantar ke otak. Otak kamu ‘membaca’ mesej ini sebagai kematian, oleh itu ia menyelamatkan kamu dengan menghantar ‘kejutan elektrik’ yang membuatkan kamu terjaga. Complicated yet scary!

 

Jari kecut dan berkedut –  Kedutan di jari berlaku selalunya kerana terlalu sejuk. Tanda kedutan ini sebenarnya adalah simptom yang berlaku kerana kandungan lembapan yang tinggi. Kulit kamu berubah menjadi kedutan kerana ia membantu kamu memegang sebarang objek licin. Hebat, kan?

 

Goosebumps – Perasaan meremang ini berlaku ketika cuaca terlalu sejuk atau seram. Pori kulit kamu sebenarnya cuba memanaskan tubuh dengan menyedut haba.

Foto: 123rf.com

 

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness