Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Ketahui Etika Bercinta Dalam Talian

Ramai yang sering ambil kesempatan apabila mengenali seseorang secara online. Ada yang kurang bijak dengan menyangka semua harapan palsu adalah benar. Chill girls, kamu kenalah tahu baca helah si penipu di internet. Ini beberapa peraturan yang perlu kamu ikuti untuk lindungi diri daripada bahana cinta internet.

Foto: Shutterstock.com

1. Cinta siber melibatkan perasaan serius mencari teman. Jangan malu menyatakan niat kamu secara jujur. Kalau takut-takut, Cosmo khuatir kamu kena tipu. Pada awal pengenalan, nyatakan apa niat kamu dan tanya niat pihak di sebelah sana juga.

2. Bukan mudah untuk berkongsi butir-butir peribadi secara terbuka. Ia sesuatu yang peribadi! Jadi apa perlu kamu buat? Terdapat banyak agensi cinta online dan mereka tawarkan percubaan percuma dalam masa terhad. Jadi cuba-cuba berkenalan semasa dalam tempoh percubaan dulu ya.

3. Sentiasa gunakan perkataan yang elok dan menjaga adab ketika dalam talian. Takut nanti ada yang ‘cop’ kamu sebagai perempuan murahan pula kalau terlebih bercanda.

4. Untuk elakkan penyalahgunaan e-mel, wujudkan e-mel baru khas untuk online dating. Buat nota seperti password dan username supaya kamu tak lupa.

5. Janganlah ‘propa’ dengan apa yang kamu tulis di profil diri. Tulis apa yang patut saja supaya kamu tak buang masa berkenalan dengan calon teman lelaki yang tidak tepat.

6. Tolonglah muat naik gambar terbaru kamu, bukannya foto ketika zaman baru masuk kolej. No throwback pictures please…

7. Tak perlu beri harapan palsu atau respon pada calon yang kamu suka ‘suam-suam kuku’. Sebaliknya, tunggu prospek yang paling sesuai untuk kamu.

8. Tak salah jika mahu date dengan ramai jejaka pada waktu sama, tapi beritahu kepada semua bahawa kamu juga sedang berkawan dengan jejaka lain supaya mereka tak salah faham.

9. Jika kamu kena reject, jangan ambil hati. Sentiasa bersikap terbuka dan positif. Mungkin ada baiknya hubungan itu tak menjadi.

10. Jangan tergopoh dan tunjukkan yang kamu terdesak mahukan teman hidup. Tak salah jika kamu jual mahal sedikit. Bijak tentukan keputusan sama ada untuk katakan ‘ya’ atau reject saja si dia.

11. Ucapkan helo dan selamat tinggal dengan nada mesra supaya si dia rasa kamu jujur mahu berkawan dengannya.

12. Jika sudah temui perfect match, kamu boleh delete akaun profil dan teruskan hubungan kamu secara serius. Jangalah kamu permainkan perasaan orang lain pula.

13. Ini penting ya, pastikan profil kamu pendek tapi menarik. Make them want to come back for more.

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist