Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Ketahui Dilema Seks Lelaki

Kamu rasa suami hanya fikirkan tentang dirimu ketika di ranjang? Oh, tidak! Ada perkara lain yang mengganggu fikirannya. Ini caranya untuk kamu membantunya.

Photographer: Nick Onken. Fashion Director: Kristen Ingersoll. Fashion Editor: Caitlin Burke. Assoc. Fashion Editor: Jessie Ajluni. Makeup: Lavonne Anthony for Nars Cosmetics, lavonnebeauty.com. Hair: Emiliano de Pasqual. Hair assistant: Roger Mudd. Prop Stylist: Aelana Curran, Bernstein & Andriulli. - PEOPLE, COUPLES, POSITIVE EMOTION, INTIMATE, SEX, SHIRTLESS, INDOOR SETTING, girl and guy in bed.

 

Setiap lelaki akan berasa risau mengenai aksi mereka di ranjang, tapi ada kemungkinan si dia lebih sanggup menonton maraton Twilight (yang dia tak suka) daripada berkongsi masalah tersebut dengan kamu. Ini sebenarnya ada kaitan dengan ego. Berikut adalah beberapa kerisauan mereka ketika beraksi di kamar bersama kamu.

 

1.”Oh, this feels too good. Bagaimana nak kawal ni?”

Menurut tinjauan Cosmo, 65 peratus lelaki berasa risau jika mereka klimaks terlalu awal. Apabila lelaki klimaks secara tidak sengaja, sama ada selepas seminit atau 15 minit, ia menggoyahkan keyakinannya dan buat dia rasa tak terkawal. Tekanan seperti itu merosakkan suasana. Cuba perhatikan petanda yang dia sedang bersusah-payah menahan dirinya – rahang dan otot badan yang tegang, serta nafas yang pendek dan laju – kemudian tukar kepada posisi yang kurang memberi rangsangan contohnya kamu pula berada di atas. Atau kalian boleh berehat sebentar dan sentuh antara satu sama lain di tempat mengghairahkan, supaya nafsunya kekal hangat tanpa buat dia ‘tergelincir’.

 

2. “Saya tak tahu bagaimana nak buat dia klimaks.”

Secara asasnya, jika dia tak mampu puaskan nafsu seorang wanita, dia akan rasa dia tak cukup maskulin. Sebab itu lelaki hargai bila kamu beritahu pergerakan yang bagaimana akan buat kamu klimaks. Ungkapkan ayat “That feels amazing. Boleh tak perlahan/laju/kuat sikit?” Fikirkan satu nama samaran untuk pergerakan yang merangsang orgasma kamu. Jika kamu sukakan sentuhan yang direct, beritahu dia selepas seks. Buat demonstrasi pada tangannya dengan jari. Ini akan bantu dia ingat bahawa ia penting untuk buat kamu klimaks.

 

3. “Kalau saya luahkan fantasi saya, mungkin dia ingat saya pelik.”

Ia adalah prospek yang menakutkan, menurut 44 peratus responden daripada tinjauan Cosmo. Lelaki takut ideanya akan ditolak dan dihakimi. Cuba kongsikan keinginan kamu dulu. Kalau kamu tak berminat dengan ideanya, jangan tunjukkan yang kamu terganggu kerana takut dia tak mahu berkongsi denganmu lagi. Sebaliknya beritahu si dia, “I rasa tak semestinya kita kena buat begitu, tapi cara you cerita saja dah buat I rasa hot.” Dengan cara ini dia akan faham bahawa walaupun kamu tak suka ideanya, tapi kamu masih enjoy dengan cerita fantasinya.

 

Foto: Nick Onken

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert