Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Ketahui 10 Cara Tepat Buat Keputusan

Tiada lagi rasa serabut, membuat keputusan akan jadi lebih mudah dengan cara ini…

Foto: Shutterstock.com

Tak perlu rujuk horoskop setiap hari, atau jumpa tukang tilik – ada cara lebih mudah untuk tahu kasut mana kamu kena pakai hari ini (selain keputusan pengubah kehidupan yang lain). Di sini, Cosmo kongsikan 10 strategi untuk kamu lakukan perkara yang betul.

7 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse

7. Ambil Kira Natijahnya

Sesetengah keputusan nampak masuk akal dalam jangka masa pendek tetapi boleh jadi oh-my-god di kemudian hari – seperti memberitahu suami yang kamu pernah sekali keluar dengan lelaki lain tiga tahun dulu, yang mungkin akan buat kamu rasa lega, tetapi berkemungkinan buat suami mahu putuskan hubungan denganmu. Sama juga, seperti duduk bawah terik matahari, atau bertukar-tukar pasangan seks, biasanya akan rasa okey pada waktu kejadian tetapi boleh membahayakan kesihatan. Sebaiknya, bayangkan beberapa senario yang boleh berlaku dalam fikiran dan ambil kira apa boleh terjadi (ke atas kesihatan, perasaan si dia, bil kad kredit kamu – apa saja) sebelum buat keputusan yang kontroversi.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor