Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Ketahui 10 Cara Tepat Buat Keputusan

Tiada lagi rasa serabut, membuat keputusan akan jadi lebih mudah dengan cara ini…

Foto: Shutterstock.com

Tak perlu rujuk horoskop setiap hari, atau jumpa tukang tilik – ada cara lebih mudah untuk tahu kasut mana kamu kena pakai hari ini (selain keputusan pengubah kehidupan yang lain). Di sini, Cosmo kongsikan 10 strategi untuk kamu lakukan perkara yang betul.

4 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse

4. Kurangkan Tekanan

Pergi potong rambut sejurus selepas putus cinta mungkin akan mengakitbatkan kamu kelihatan seperti memakai rambut palsu bentuk penyapu. Ini kerana kamu akan bertindak lebih melulu bila sedang kemurungan. Kajian mencadangkan, rasa sedih bukan saja buat kamu sukar membuat keputusan yang betul, tetapi berkemungkinan buat keputusan yang tersasar. Justeru, jika kamu sedang bergaduh dengan si dia sewaktu nak tentukan raya akan datang giliran siapa, selesaikan dulu masalah yang terdahulu supaya kamu boleh buat pilihan yang lebih jelas.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor