Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Ketagihan Seks & Alkohol, Mel B Dimasukkan Ke Pusat Pemulihan!

"

Walaupun khabar angin mengatakan Spice Girls bakal megadakan reunion,tetapi Mel B dilaporkan akan berehat sebentar untuk fokus kepada kesihatannya.

Berdasarkan laporan daripada The Sun, pengacara America's Got Talent ini akan memasuki pusat pemulihan bulan depan untuk mendapatan rawatan ketagihan alkohol serta seks. Baru-baru ini Mel B telah menulis satu memoir yang agak beremosi, dimana dia banyak menjelaskan tentang isu yang dihadapinya.

"Sepanjang enam bulan ini adalah sukar buat saya. Saya bekerjasama dengan penulis buku saya untuk menghasilkan naskhah yang jujur dan telus. Bukan mudah untuk saya kongsikan kisah hidup dengan masyarakat dan sepanjang proses penghasilan buku ini, ia membuatkan saya trauma apabila mengingati kisah silam saya. Daripada hubungan yang menyeksakan serta masalah depresi, ia agak menyakitkan tetapi dalam masa yang sama melegakan apabila diluahkan", kongsi Mel B yang juga menghidapi post-traumatic stress disorder.

4 of 4Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Image result for mel b

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker