Kesha Masih Terus Berdiri - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Kesha Masih Terus Berdiri

Penyanyi Kesha memukau penonton di Billboard Music Awards 2016 isnin lalu dengan persembahannya yang sangat menyentuh hati. Menyanyikan lagu daripada Bob Dylan, ‘It Ain’t Me Babe’, Kesha mempersembahkannya penuh penghayatan dengan kawalan vokal yang mantap.

May 22, 2016 - Las Vegas, Nevada, United States of America - Singer Kesha attends the 2016 Billboards Music Awards at T-Mobile Arena on May 22, 2016, in Las Vegas, Nevada. (Credit Image: © Marcel Thomas via ZUMA Wire)

 

Persembahan tersebut bukan sahaja menerima pujian malah menjadi trending di social media. Ketika Billboard mengumumkan Kesha bakal mengadakan persembahan, pihak media Hollywood menduga yang dia mungkin tidak hadir di saat akhir. Namun Kesha tetap muncul dengan keadaannya yang kelihatan lebih baik berbanding dahulu.

Kesha sebelum ini berjuang mempertahankan haknya di mahkamah apabila mendakwa bekas mentornya Dr. Luke memberinya dadah, mencabul dan merogolnya sebelum ini. Malah lelaki itu turut memaksa Kesha memuntahkan makanan untuk kekal kurus. Sepanjang kariernya sebagai penyanyi di bawah pengurusan Dr. Luke, Kesha mengakui dilayan seperti sampah!

Perjuangan Kesha mendapat sokongan padu daripada peminatnya, malah artis popular seperti Lady Gaga, Taylor Swift, Lorde, Kelly Clarkson dan Lily Allen turut membantu menaikkan semangat Kesha dengan sokongan dan memberi kesedaran kepada orang ramai untuk mempertahankan maruah diri.

Sedikit info mengenai wanita yang berasal dari Nashville ini, Kesha Rose Sebert, 29, mula dikenali ketika berkolaborasi dengan Flo Rida menerusi lagu ‘Right Round’. Kemudian single pertamanya, ‘Tik-Tok’ menduduki tangga teratas di carta Billboard Hot 100 selama sembilan minggu dan terjual sebanyak 610,000 unit digital. Pada Disember 2009, albumnya berjudul ‘Animal’ dianugerahkan platinum di atas kejayaan lagu-lagu hitnya seperti ‘Your Love Is My Drug’ dan lagu bertemakan anti-buli ‘We R Who We R’.  

 

ben-folds-kesha-rob-moose-bbma-performance-2016-billboard-1548

 

Sepanjang perjuangan Kesha, Taylor Swift telah menderma sebanyak 250,000 dolar untuk membantu kewangan Kesha ketika dalam perbicaraan. Manakala Adele mendedikasikan trofi  Best Female Artist di Brit Awards kepada Kesha. Kesha yang masih lagi di bawah kontrak dengan Sony Music telah melakukan persembahan konsert di  universiti-universiti tempatan sekitar tahun lalu bersama kumpulan yang tidak dikenali – Yeast infection untuk menampung hidup dan meneruskan minatnya dalam nyanyian. Kata Kesha ‘ Jangan risau, tiada siapa boleh menghalang minat saya dalam muzik!’.

 

Foto: TPGimages.com/Billboard.com/Oleh: @curlyjow

 

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness