Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Kes Terlebih Dos Dadah, Demi Lovato Bakal Masuk Pusat Pemulihan

Demi Lovato ingin mengambil masa secukupnya untuk sembuh daripada masalah overdose ini.

Selepas mengeluarkan kenyataan gara-gara dimasukkan ke hospital kerana pengambilan dadah berlebihan, Demi Lovato telah membatalkan konsert Tell Me You Love tour. Demi telah dijadualkan untuk membuat persembahan di Mexico dan America Selatan pada bulan September dan November ini tetapi memilih untuk fokus pada kesihatannya.

Pada Khamis lalu, Live Nation mengeluarkan kenyataan kepada TMZ, mengatakan bahawa, "Kami doakan yang terbaik buat Demi sekarang dan pada masa akan datang serta kami berharap untuk melihatnya di America Selatan nanti."

Demi dilaporkan memasuki live-in rehab facility berikutan penempatannya di Cedars-Sinai di Los Angeles, serta masih belum dapat dipastikan berapa lama Demi akan ditempatkan di sana tetapi yang pasti dia akan berada di sana sehingga benar-benar pulih.

Awal minggu ini, Demi memuat naik satu post di Instagram dengan menulis, "I now need time to heal and focus on my sobriety and road to recovery. The love you have all shown me will never be forgotten and I look forward to the day where I can say I came out on the other side. I will keep fighting."

 

2 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Image result for demi lovato

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker