Kerja Makan Gaji vs Bisnes Sendiri: Apa Pilihan Kamu? - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Kerja Makan Gaji vs Bisnes Sendiri: Apa Pilihan Kamu?

Berhenti kerja semata-mata untuk mulakan bisnes sendiri memang agak berisiko tinggi. Sudah ramai wanita terkena, jadi Cosmo senaraikan perkara yang perlu kamu beri perhatian sebelum buat apa-apa keputusan.

Mulakan Dengan Hobi

Ramai orang mulakan perniagaan dengan hobi mereka, jadi apa kata kamu cuba beri komitmen pada perkara yang kamu suka contohnya membuat cookies atau kraftangan. Kamu boleh cuba dalam skala kecil terlebih dahulu sebelum buat keputusan untuk terjun ke dunia bisnes sebenar. Ingat, banyak perniagaan gagal hanya kerana pemiliknya tidak lagi berminat untuk meneruskannya.

 

Kongsi Dengan Orang Sekeliling

Kumpulan sasaran pertama untuk perkenalkan produk kamu? Tentulah keluarga dan rakan sekerja. Kamu boleh berikannya secara percuma untuk rasa, atau tawarkan diri untuk sponsor pencuci mulut jika ada sebarang acara atau majlis di syarikat kamu. Bila mereka sudah merasainya dan tertarik/puas hati dengan apa yang kamu tawarkan, pasti mereka akan mula buat pesanan, dan aliran wang masuk kamu pun pasti ‘kencang’!

 

Cuba Kedua-duanya

Daripada terburu-buru menghantar surat perletakan jawatan untuk menjadi business woman, Cosmo nasihatkan kamu untuk cuba lakukan kedua-duanya. Dengan taraf hidup yang  tinggi sekarang ini lebih-lebih lagi jika kamu tinggal di kota yang sibuk, memang tak terasa duit gaji yang kamu terima setiap bulan. Tapi jika ingin berjaya, kamu kenalah cambahkan lebih idea, usaha dan masa kerana ia memang berbaloi dan kamu akan dapat pulangan yang banyak. Sabar adalah kuncinya. You go, girl!

Foto: Shutterstock.com

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor