Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Kendall Jenner Suntik Bibir Seperti Kylie!

Pembedahan kosmetik dan keluarga Kardashian-Jenner memang tidak boleh dipisahkan. Hampir kesemua ahli Kardashian-Jenner mengakui melakukannya kecuali Kendall Jenner (dan tentu sekali Rob Kardashian)!

kendall jenner lip injection

Kylie Jenner sendiri mengakui melakukan lip filler ketika berusia 16 tahun selepas melalui detik memalukan kerana memiliki bibir yang nipis. Alasannya, dia rasa rendah diri selepas bekas teman lelakinya berasa ganjil ketika menciumnya.

Kendall antara kakaknya yang mengakui tidak sukakan perubahan bibir Kylie itu. Malah Kendall dalam satu episod Keeping Up With The Kardashian pernah memberi komen yang bibir Kylie terlalu besar. “She’s overdoing it”, kata Kendall.

Tetapi semalam, selepas lebih seminggu memadam akaun Instagramnya, Kendall menerusi Snapchat memuat naik video dengan ‘bibir’ barunya. Yabibirnya kelihatan mungil dan besar seperti Kylie. Bagaimanapun Kendall menjelaskan bibir mungilnya itu hanyalah teknik mekap yang dilakukan oleh Kylie.

“You guys, Kendall let me overline her lip today with lipliner and everyone thinks she got lip injections,” kata Kylie. Boleh percaya ke?

Bibir terbaru Kendall menerima ribuan respon daripada peminat yang kecewa dengan tindakannya menyuntik bibir. Kendall sebelum ini pernah berkata yang dia tidak akan melakukan perubahan ke atas dirinya. “Kamu tak perlu risau, saya tidak melakukan suntikan bibir. Ini hanyalah teknik mekap saja,” jelas Kendall.

kardashian

Bibir sebenar Kendall sebelum suntikan sementara yang dia lakukan…

Sementara itu, dalam satu interview bersama Ellen DeGeneres, Kendall mendedahkan tindakan dia memadam Instagramnya sebelum ini kerana mahu melakukan detoks untuk kehidupannya. “Saya merasakan saya perlu berehat. Saya selalu membuang masa membelek telefon. Instagram adalah aplikasi pertama yang akan saya lihat sebelum dan selepas bangun tidur,” luah Kendall.

Tambah Kendall, selepas memadam Instagram buat seketika, dia lebih fokus kepada kehidupannya. Malah dia lebih banyak berbual ketika melepak bersama rakannya. “Saya tak pernah sangka isu memadam Instagram ini menjadi hangat. Tetapi terus-terang, saya dapat rasakan kehidupan sebenar tanpa internet yang melalaikan,” kaya Kendall kini telah mengaktifkan semula Instagramnya. Welcome back Kendall!

Foto: Instagram.com/kyliejenner

 

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness